Owner: Anda Bakal Jutawan URL:http://bakaljutawan.wordpress.com Join Date: Thu, 03 May 2007 21:49:11 -0500 Rating:0 Site Description: Blog ini sekadar berkongsi informasi penting tentang tips2 pengurusan kewangan, strategi menyimpan wang, langkah2 bergelar jutawan melalui perniagaan internet dari cara yang menepati Islam, tips2 motivasi diri, minda dan wang. Site statistics:Click here
5 Strategi Kejayaan & Kekayaan 2007-05-03 14:50:32 1.Sikap
Sikap adalah ibu kepada segala faktor kejayaan. Mengapa? 99% daripada sikap adalah faktor penentu kejayaan atau kegagalan anda. Be positive! Tak kiralah time hendak bangun, hendak tidur, hendak bekerja, ape2la…MESTI diiringi sikap yang POSITIF. Jika sesuatu yang anda rancang tak menjadi, jgn cepat mengalah. Jeritkan satu kata-kata hikmat dalam diri anda ‘Come on Sae (nama sayala), +ve! +ve ! +ve!. ( Cam morning booster laks, hehe )
Katakan anda bgn lewat, sure mood takdekan. Rase bosan, rugi terlepas masa nak2 lagi terlepas subuh. Bertindaklah positif dan kata pada diri anda ‘ Aku da terlewat bangun, nak ceria balik, aku mesti buat yang terbaik untuk hari ini ‘. Pi mandi, pasang musik (kalu anda minat dengar lagu) dan buatlah bende yang sepatutnya anda buat. and jgn lupe qada subuh tu balik!
Jika takde mood jugak (kate terpakse siapkan keje sekolah ke opis ke), jangan tangguh atau biarkan di saat akhir, lakukan perkara yang anda tidak suka dahulu dan b
E book Forex versi BM 2007-05-03 11:44:22 Mmm…forex..bila sebut main duit atas angin ni, saya agak kurang berminat. Pernah saya bertanyakan ustaz apa hukumnya bermain forex ni. Jawapannya pelbagai mengikut situasi dan keadaan. Perlu dikupas lebih lanjut dalam post akan datang. Yang saya ingat dibolehkan bermain jika anda berusaha monitor setiap aturan permainan forex ni. Kiranya tak pakai lepas tangan je, sedar2 da untung. Tu tak bole..die kene berusaha dalam mendapatkan untung. Nak rugi pun senang jugak forex ni, almaklumla saya pernah main demo dia, bukan real ya. Hehe…
Anyway, kalu sape2 berminat nak try ebook versi bahasa melayu, silalah ke Rahsia Forex
.
Jana Pendapatan Lumayan Dengan Rahsia Forex
Ulasan : Forex adalah singkatan bagi FOReignEXchange, yang bermaksud Dagangan matawang asing. Di antara matawang popular ialah Great Britain PoundSterling (GBP), US Dollar (USD), Swiss France (CHF), Japanese Yen (JPY), Australian Dollar (AUD). Ada sesiapa yang pernah join REAL forex? Apa pendapat anda? Kongsilah
Menjana RM200 dalam masa 5 minit 2007-05-03 08:29:31 Bagaimana Untuk Menjana RM 200 Dalam Masa 5 Minit Sahaja, Dari Rumah Di Depan Komputer Anda Sekarang… Dan Yang Paling Menyeronokkan… Anda Boleh Lakukan Ia Lagi Dan Lagi Dan Lagi!”
RM200 dalam masa 5 Minit….
RM2,000.00 kurang dari 15 Minit….
RM100,000.00 dalam masa 5 jam….
RM1,000,000.00 hanya 5 hari…
Misi Anda: Menjana Wang Tidak Henti-Henti Terus Menerus Masuk Ke Dalam Akaun Bank Anda Semua Hanya Dari Rumah Sahaja.
Ramai Yang Telah Berjaya Menggunakan Sistem Rahsia ini Untuk Menjana Pendapatan Berganda! Selanjutnya,klik di sini.
Ulasan : Kalu dilihat cara promosi di atas, nampak terlalu over sehingga hampir menjatuhkan kredibiliti penulis/penjual ebook ini sendiri. Namun, produk ebooknya antara terbagus pernah saya baca beserta bonus2 yang diberi. Penulis banyak membuat analisa dan bukan copy paste dari internet. Namun, kata2 promosi banner terlalu over ( boleh mengurangkan kepercayaan pelanggan untuk membeli) dan agak tidak logik untuk
Rahsia mulakan perniagaan internet TANPA modal 2007-05-03 06:48:15 Tahukah anda betapa mudahnya mendirikan perniagaan internet jika dibandingkan perniagaan fizikal di luar? Di antara kebaikkannya adalah permulaan modal yang kecil dan ade pula yang TANPA modal. Saya akan tunjukkan cara TANPA modal sebagai permulaan bagi anda yang baru hendak bermula dengan bisnes internet ni. Yelah kalau bole jangan bazirkan duit terlebih dahulu sebelum anda mengetahui cara-caranya. Sudah ada ilmu asas, barulah bermula dengan modal yang kecil dan diikuti modal besar.
Kalau anda terdengar orang berkata, “mana ada orang berniaga tanpa mengeluarkan duit terlebih dahulu? Kalau tak berani amik risiko toksah berniaga lah”..Isk..isk..jangan mudah tercabar dengan kata-kata mereka. Buat sesuatu menggunakan akal fikiran dan ilmu ok. “Alah…Modal kecil, kecillah pulangannya dan begitulah sebaliknya”. Benarkah begitu? Sebenarnya semua bergantung pada rezeki atau ‘luck’ dan ilmu strategi yang digunakan. Aaah, tanpa berlengah lagi, inilah ra
Taktik Paling Senang Jadi Jutawan 2007-05-03 03:55:19 Sedar tidak sedar, anda sememangnya sudahpun menempah list untuk menjadi bakal bergelar jutawan. Hanya masa yang akan menentukannya. Mengapa saya begitu confident berkata begitu? Ok, saya tanya anda satu soalan. Adakah anda menyimpan wang anda di Amanah Saham Bumiputera (ASB) setiap bulan? Jika tidak, lupakan hasrat menjadi jutawan. Ini kerana menyimpan di ASB adalah taktik paling senang untuk jadi jutawan tanpa anda sedari. Bak kata menuai di awal pagi dan lihat hasil tuaian di kemudian hari. Even anda sudah bergelar jutawan pun TANPA menyimpan di ASB atau bank, hanya org yang bernasib begitu baik sahaja dapat mengekalkan gelaran ‘jutawan’ mereka. (P/S : Psst, ada ke yang tak simpan duit kat dunia ni even peti duit sendiri kat umah? :P)
Bila saya kata hanya MASA akan menentukannya, ia bergantung pada banyak mana anda simpan wang di ASB setiap bulan. Ingat, BUKAN DI BANK ya, tapi di ASB. Kenapa? ASB mempunyai peratus yang tinggi (Agihan pendapatan ASB 2006 = 8.55 (7.30 sen,
Rahsia Sebenar Buat Duit Dengan Affiliate 2007-05-02 15:12:55 “Pelik Mengapa Program Affiliate
Yang Anda Sertai Tidak Memberikan Pulangan Walaupun Bagai Nak Rak Anda Mempromosi?”
Jawapannya Terkandung Dalam Artikel Ini. Ketahui Rahsia Sebenar Buat Duit Dengan Program Affiliate
Dari: Team SaifulSham.com
http://www.saifulsham.com
Salam Ceria Buat Pembaca Dihormati,
Setiap affiliate sudah tentunya mengidamkan komisen yang tinggi hasil promosi dan pemasaran yang dilakukan untuk produk peniaga tersebut. Kadang-kadang mereka menganggap bahawa program affiliate adalah tonik ajaib buat menjana pendapatan di Internet tanpa mempunyai produk sendiri. Dan yang sedihnya, 80% daripada affiliate di Internet gagal menghasilkan jualan bukan sahaja untuk menyara hidup merekan, bahkan untuk melepasi tahap minimum pembayaran yang ditetapkan oleh peniaga pun mereka tidak mampu.
“3 Taktik Mudah Super Affiliates”
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini berikutan kewujudan program-program affiliates tempatan yang kini tumbuh bagai cendawan sel
Pakar - Team SaifulSham 2007-05-02 14:37:00 Hi..saya baru terjumpa halaman Team SaifulSham ni bulan lepas. Amat membanggakan coz diaorg nih my junior masa kat UTP. Rugi pulak masa kat U dulu tak popular lagi internet bisnes ni. Kalu tak, saya dah pegi jumpa bebudak ni untuk timba ilmu. Hehe…anyway, memang berminat untuk dapatkan bukunya yang berjudul ‘Rahsia Buat Duit Dengan Internet’ berharga RM 30 sahaja. Turut disertakan juga VCD tutorial yang menunjukkan langkah2 kompleks yang tak dapat ditunjuk dengan hanya membaca buku. Praktikal bukan! Dah pegi last week kat Kinokinuya nak beli tapi dah habis. ‘Wah, laris macam goreng pisang panas’ - bak kata website bebudak nih. Memang betul pun. Esok time lunch nak pegi kejap Kinokinuya kut dah ade stok balik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari website Saudagar.com atau blog Team SaifulSham kepunyaan beliau. Selain Dr. Irfan, Team SaifulSham juga my 2nd favourite mentor lah yang bole dipercayai. Workshop yang dianjurkan oleh mereka juga tidak kurang hebat
Pakar - Dr. Irfan Khairi 2007-05-02 07:55:31 Assalamualaikum para pembaca..
Buku RahsiaInternet.com adalah buku pertama yang saya beli tahun 2005 terbitan Dr. Irfan Khairi. Memang sangat bagus untuk saya as ‘beginner’ untuk berjinak2 dalam perniagaan internet ni. Memang betul. Ia membongkarkan rahsia jutawan internet sehingga diakui oleh Azizi Ali sendiri sebagai pelanggan Irfan melalui internet. Di antara isi kandungannya yang menarik termasuklah langkah2 memulakan perniagaan, pemilihan produk, cara mempromosi, cara menerima bayaran internet dan banyak lagi. All the basic things that u need to start an internet business are all there in one book. Harganya RM39.90 beli kat MPH. I gave 8 points out of 10. Nak lebih ditir lagi, bole menyertai workshop beliau dan anda akan dibimbing sehingga berjaya. Untuk lebih maklumat mengenai workshop dan buku Dr. Irfan, sila ke rahsiainternet.com
Saya suka refer Tips 1 minit Irfan Khairi sebab banyak tips2 perniagaan dan motivasi. Gaya penulisan beliau juga tidak ‘boring&rsquo
PELABURAN INTERNET ITU ADALAH HARAM? 2007-05-04 18:46:29 ABB Fund, Eaindex, Arabic Fund & Winlifund
Yang Diminati : Haram Lagikah ?
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Pelaburan melalui internet semakin popular hari ini, terutama di kalangan orang awam. Umat Islam tidak terlepas dari godaan pulangan tinggi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini. Ini menjadikan penyertaannya begitu hebat dan menggunung hari demi hari. Tanpa memikirkan halal dan haram, atau hanya dengan kefahaman amat tipis tentang ‘nature’ sesuatu pelaburan itu dari kaca mata Islam, mereka berbondong-bondong menyertainya dengan ‘keyakinan’ ianya adalah halal atau sesetengahnya tiada endah berkenaan hukum, yang penting baginya adalah RM RM RM.
‘Keyakinan’ palsu ini kelihatan terserlah kesilapannya apabila tulisan-tulisan yang disiarkan di web saya http://www.zaharuddin.net/ dan disebar luas oleh yang sukarelawan Islam tersedar melalui email dan yahoogroups yang pelbagai. Setelah meneliti pelaburan-pelaburan ‘favorite&rs
6 firma jualan langsung tipu pengguna disiasat 2007-05-04 18:45:56 BACA BERITA ASAL BERITA HARIAN 26 MAC 07
Oleh Norfatimah Ahmad
KPDNHEP terima aduan perniagaan berbentuk skim cepat kaya
PUTRAJAYA: Enam syarikat jualan langsung tempatan yang mempunyai rangkaian antarabangsa, disiasat kerana dipercayai menyalahgunakan lesen untuk mengendalikan perniagaan berbentuk skim cepat kaya.Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pembangunan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Iskandar Halim Sulaiman (gambar), berkata semua syarikat itu mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun.Katanya, siasatan awal mendapati dalang kegiatan berkenaan berpangkalan di luar negara dan taktik mereka ialah melantik syarikat tempatan sebagai ejen mengembangkan perniagaan di negara ini.“Semua syarikat itu dikesan membuat penipuan dengan mengubah pelan pemasaran asal yang mereka kemukakan ketika memohon mendapatkan lesen syarikat jualan langsung kepada operasi berbentuk skim cepat kaya.“Bagi mengelirukan orang ramai, mer Read more:firma
Pelaburan internet: Malaysia di tangga teratas dunia! 2007-05-04 18:38:48 Pelaburan internet: Malaysia
di tangga teratas dunia!
KUALA LUMPUR, 13 April - Begitu terdesakkah para penduduk di negara ini? Atau akibat terhimpit dengan tekanan hidup yang makin mencengkam maka sebagai jalan mudah, segala ruang pelaburan tanpa mengkaji halal dan haramnya turut disertai secara sembrono?
Mungkinkah atas pengaruh pengiklanan laman-laman web sebegini menyebabkan rata-rata rakyat Malaysia menceburi bidang pelaburan secara online? Mungkinkah juga, akibat dipengaruhi dengan gaya hidup mewah para pengusaha awal pelabur-pelabur internet, maka menyebabkan ramai yang berlumba-lumba untuk mencuba nasib?
Namun, walau apa pun alasannya, keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam tetap mengharamkannya sebagai antara perniagaan yang melanggar hukum syarak.
Dan jika dilihat pula daripada analisa yang dihasilkan oleh alexa.com menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang teratas dalam senarai penglibatan rakyatnya dalam pelaburan internet jika dibandingkan negara-negara lain di duni
10 Tabiat Kewangan Baik! 2007-05-04 17:51:40 1. Bayar bil dengan segera
Mengapa? Jika anda bertangguh ianya tidak langsung menambah pendapatan malah lebih memudaratkan jika terbelanja/disalah guna bagi hal2 lain. Lebih padah lagi terpaksa menanggung kos denda lewat bayar atau perkhidmatan dipotong. Membayar bil air, elektrik, telefon adalah satu kemestian setelah menggunakan perkhidmatan ini sehari2. Utamakan bil sebelum bersukaria.
2. Selaraskan pembayaran bil
‘Alamak..panjangnya beratur kat pej. pos ni, lepas ni nak pegi maxis pulak bayar bil fon,hai..’ —>Adakah ini situasi anda setiap bulan?Sudahla mengambil masa yang lama, leceh pulak tu. Banyaknya tempat nak kene pegi. Ha…saya ada cadangan untuk mengatasi masalah ni. Bukankah kini pembayaran bil boleh dilakukan secara online? Gunakan fasiliti ini kawan2.Dan juga tiada caj bayaran yang dikenakan apabila anda membayar bil maxis secara online. Terdapat pelbagai bank spt CIMB, Maybank, Bank Rakyat dsb yg juga menawarkan khidmat kaunter bayaran bil u
HUKUM WANG DIVIDEN DAN BONUS ASB 2007-05-07 16:25:51 Isu :
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’(Fatwa) Negeri Selangor telah menerima surat daripada seorang hamba Allah daripada Tanjung Malim yang bertanyakan berkenaan dengan hukum wang dividen dan bonus ASB dengan soalan seperti berikut :
1.1. Adakah wajib dikeluarkkan zakat daripada wang bonus dan dividen ASB.
1.2. Bolehkah wang tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji Ke Tanah Suci Mekah.
Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai permasalahan tersebut.
Keputusan :
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
” Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’ “
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah
RM6.2j barangan skim cepat kaya dirampas 2007-05-07 16:04:13 RM6.2j barangan skim cepat kaya dirampas
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
PETALING JAYA 6 Mei – Bilangan kes penipuan skim cepat kaya terus meningkat setiap tahun dengan 176 kes dalam tempoh dua tahun setengah ini melibatkan jumlah rampasan bernilai lebih RM6.2 juta.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk S. Veerasingam berkata, pada tahun 2005 sahaja, kementeriannya mengenal pasti 65 kes penipuan skim cepat kaya.
Beliau berkata, kementerian juga merampas pelbagai barangan bernilai RM3.3 juta daripada syarikat yang menjalankan kegiatan tersebut.
Menurutnya, bilangan kes itu terus meningkat kepada 85 pada tahun lalu dengan barangan bernilai RM2.7 juta telah dirampas.
‘‘Setakat April tahun ini, sebanyak 26 kes penipuan skim cepat kaya dikesan dan sejumlah RM558,000 pelbagai barangan yang diguna untuk skim itu telah disita,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tamil CNI yang dihadiri kira-kira 4,000
Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB) 2007-05-11 16:04:00 Artikel ini adalah dari www.zaharuddin.net
Salam,
Disertakan koleksi jawapan yang pernah saya berikan di Forum saya , sila buka http://www.freeforum101.com/jordanian/ hukum ASB telah saya sebutkan byk kali di pelbagai tempat. Majlis Fatwa Selangor kata haram. Bekas mufti selangor Dato’ Ishak Baharom kata pd saya, hal ini telah dibawa dalam meeting majlis fatwa kebangsaan dulu, dan hukumnya adalah haram tetapi tidak wartakan secara rasmi. Seorang Pengerusi Majlis Penasihat Shariah yang utama di Malaysia juga pernah mengatakan kepada saya bahawa beliau tidak setuju dengan cara pelaburan ASB. Dan saya juga tidak setuju kerana :-
1) Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak menurut syarat pelaburan Mudarabah yang diakui oleh 4 mazhab.
2) Jaminan capital / modul oleh ASB menyebabkan aqadnya bermasalah.
3) Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 percent. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak