Owner: Panduan Membina Blog URL:http://binablog2.blogspot.com/ Join Date: Mon, 19 Mar 2007 02:14:03 -0500 Rating:0 Site Description: Ikuti langkah-langkah dan panduan membina blog yang berkesan. Maklumat percuma Site statistics:Click here
Kelebihan menggunakan blog 2007-03-20 01:35:00 Tahukah anda apakah kelebihan menggunakan blog berbanding laman web yang biasa?Enjin Carian - Penggunaan blog lebih menarik minat enjin carian @ enjin gelintar @ search engine untuk mencari kandungan yang kemaskini.Isi kandungan - Kandungan dalam sesuatu blog lebih cepat disebarkan berbanding laman web tradisional. Contohnya jika anda melanggan perkhidmatan daripada bloglines atau feedblitz, kandungan blog anda akan dikemaskini dengan segera dalam laman-laman tersebutPengetahuan pengaturcaraan web yang sedikit - Anda tidak perlu menjadi pakar bahasa pengaturcaraan web seperti html, php, atau asp untuk membangunkan blog anda sendiri. Anda boleh menggunakan laman blog percuma atau membina blog anda sendiri menggunakan perisian blog dari sumber terbukaMaklumbalas daripada pembaca - dengan adanya kemudahan "comment", anda boleh mendapat maklumbalas daripada pembaca mengenai sesuatu topik yang diperkatakanAnda juga boleh mengunjungi laman seperti www.bloggingsteps.com untuk mengikuti kaeda
Apa itu blog? 2007-03-19 01:47:00 Ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Apa itu blog? Perkataan 'blog' sering keluar dari mulut pemimpin negara kita sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana ada pihak yang menyalahgunakan blog untuk tujuan tersendiri. Oleh kerana ada blog yang percuma dan mudah untuk didaftarkan, seseorang boleh mencipta pelbagai blog dalam masa yang singkat.Berbalik kepada persoalan 'apa itu blog?', blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin anda biasa dengar dua perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.Dengan blog, anda boleh menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam maya, dengan cara ini anda juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.
Kenapa saya memilih blog? 2007-03-18 03:54:00 Pada masa sekarang, blog menjadi satu trend kepada komuniti internet. Kenapa blog? Kenapa tidak membina laman web menggunakan FrontPage(c) atau Dreamweaver(c)? Jawapannya mudah sahaja, blog adalah satu perkhidmatan yang tersedia (ready to make). Seseorang tidak perlu menguasai kemahiran mengarang web menggunakan bahasa html, php, asp dan sebagainya. Seorang yang baru berjinak dengan komputer pun boleh membina blog dengan hanya tiga langkah utama jika menggunakan perkhidmatan blogger.com. Satu lagi sebab ialah, ianya percuma tanpa diganggu oleh popup atau iklan-iklan oleh pihak "hosting" percuma.Selain daripada itu, kandungan blog mudah dikemaskini tanpa memerlukan anda menyediakan fail web anda terlebih dahulu di dalam komputer peribadi sebagaimana web dalam format html. Ianya mudah dikemaskini dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet, di mana sahaja sepanjang masa 24/7.
Pembaca blog anda 2007-03-21 07:51:00 Adakah blog yang anda hasilkan mempunyai pembaca? Siapakah sasaran pembaca yang anda harapkan? Persoalan ini sangat penting kepada penulis blog. Antara tujuan membina blog atau laman web adalah supaya ada orang akan membacanya. Sebuah jurnal yang ditulis tapi tiada pembaca adalah tidak bermanfaat. Sebagai seorang penulis blog, cuba tarik perhatian pengguna internet agar membaca blog anda, oleh itu pastikan anda menulis sesuatu yang menarik perhatian atau sesuatu yang berguna kepada pembaca. Anda juga boleh menyelitkan sesuatu yang mungkin melucukan, ingatlah "Laughter is the best medicine"
Bagaimana membina blog? 2007-03-21 08:06:00 Jika anda seorang yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging, di sini saya akan menerangkan secara ringkas bagaimana untuk membina sebuah blog menggunakan perkhidmatan blogger.com. Mungkin dilain masa saya akan menerangkan langkah pembinaan blog dari perkhidmatan lain pula. Atau anda boleh minta dari saya untuk menerangkan pembinaan blog pilihan anda. InsyaAllah saya akan cuba tunaikan permintaan anda.Langkah 1: Pergi ke laman Blogger. Klik butang 'create your blog now'Langkah 2: Lengkapkan maklumat diri;alamat emailkata laluannama yang akan dipaparkan - dikaki setiap pos.. posted by xxxxxx (namapaparan)word verification - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera. Contoh di sini: BoylaKlikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikanSetelah selesai, klik 'continue'Langkah 3: Isikan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Panduan Membina Blog merupakan tajuk blog ini.Blog Address: tentukan alamat blog anda, selepas memilih alamat yang anda inginkan, klik "Check Read more:Bagaimana
Komen 2007-03-25 01:35:00 Tahukah anda bahawa komen sangat penting dalam sesuatu blog? Tidak kiralah sama ada blog itu blog bisnes atau berunsur personal, komen mampu memberikan impak yang lebih kepada capaian blog itu sendiri. kebanyakan blogger (penulis blog) akan merasa senang dan gembira jika blog mereka ada respon dari pembaca. Nak tahu kenapa? Jika ada respon, bermakna blog mereka telah dibaca oleh responder tersebut, dengan kata lain ada pembaca yang melawat blog tersebut dan secara langsung berinteraksi dengan anda sebagai penulis blog. Maka akan wujudlah satu interaksi dua hala antara penulis dan pembaca, serta interaksi antara pembaca dengan pembaca yang lain.Antara kelebihan komen adalah:Perbincangan mengenai apa yang anda tulisMemudahkan pelanggan atau pembaca memberikan ulasan mengenai tulisan atau perbincangan yang sedia adaDalam bahagian komen terdapat ruangan pembaca mengisi alamat laman web mereka, dengan ini anda juga boleh melawat laman mereka secara terus
Tags 2007-03-26 02:51:00 Tags berfungsi untuk memudahkan navigasi dalam usaha mencari maklumat dalam sesebuah blog. Dengan kata lain, tag adalah seperti satu kata kunci (keyword). Tag juga boleh disimpulkan sebagai kategori, dimana pembaca boleh klik pada tag yang dikehendaki dan hasil cariannya akan memaparkan tulisan yang ditanda dengan tag itu sahaja. Ini dapat memudahkan pembaca untuk mencari maklumat di dalam blog tersebut. Di dalam blogspot, tag juga dikenali sebagai label.
Tips menarik pembaca blog anda 2007-03-28 08:18:00 Semua sedia maklum bahawa blog yang dihasilkan adalah supaya ada pembaca. Kadang-kadang orang ramai tidak mengetahui kewujudan blog anda. Jika orang tidak tahu, macam mana orang nak buka blog anda. Jadi, anda perlulah berikhtiar untuk menghebahkan blog anda kepada umum.Anda boleh gunakan berbagai cara untuk menghebahkan mengenai blog anda. Antaranya ialah:Submit kepada search engine. Maksudnya di sini ialah, anda beritahu kepada search engine tersebut alamat blog anda dan apa isi kandungannya. Contoh yang anda boleh gunakan ialah seperti; Google, Yahoo, SrcubTheWeb, dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan SubmitExpress untuk lebih cepat.Submit kepada Online Directory. Contohnya ialah DMOZ Open Directory Project.EMail atau SMS atau mail biasa . Beritahu rakan-rakan anda mengenai kewujudan blog anda. Tetapi jangan SPAM, gunakan cara yang bersih supaya anda disenangi. Anda juga boleh mempromosikan blog anda dengan meletakkan alamat blog anda diruangan signatureForum atau
Bagaimana Membuat Wang Dengan Blog? 2007-03-30 10:27:00 Persoalan bagaimana membuat wang dengan blog sering ditanya oleh orang ramai. Saya ada terbaca satu artikel bertajuk "How To Make Money With Your Blog" dari The Blog Squad yang menerangkan secara ringkas bagaimana menjana wang dari blog. Artikel dalam bahasa inggeris itu boleh dimuat turun melalui pautan ini. http://www.buildabetterblog.com/files/MakeMoneyWithYourBlog.pdfAntara lain, artikel ini menyentuh mengenai:Menjadikan penulisan blog sebagai satu profesionMempromosikan produk orang lainMenjana wang dengan Google Adsense Read more:Bagaimana
Tips menarik pembaca blog anda #2 2007-03-31 03:20:00 Assalamualaikum dan salam sejahtera.Selamat menyambut Maulidur Rasul 2007Sebelum ini saya ada memperkatakan tentang tips menarik pembaca secara hebahan dalam enjin carian, email, sms, forum dan directory DMOZ.kali ini saya ingin menambah direktori-direktori yang boleh anda gunakan untuk menghebahkan alamat blog anda. Antaranya ialah:IceRocketBloogzBlogHopBlogWiseBlogCatalogBlogHubBlogDirectoryBlogDirsHappy blogging....
Bagaimana Membuat Wang Dengan Blog? #2 2007-04-03 07:26:00 Adsense merupakan satu kaedah pengiklanan yang dibawa oleh Google Inc. Kaedah sebegini semakin digunakan oleh pengiklan-pengiklan syarikat lain seperti Bidvertiser dan adhearus.Setakat ini dari pemerhatian saya, Adsense dilihat paling berpotensi untuk menjadikan anda seorang marketer internet yang berjaya. Tetapi semuanya terpulang atas usaha anda sendiri. Adsense memaparkan iklannya berdasarkan content blog anda. Jika blog anda dalam bahasa melayu, sangat sukar untuk adsense memaparkan iklan yang bersesuaian. Oleh itu jika anda rasa ingin memasukkan Adsense ke dalam blog anda, isikanlah blog anda dengan bahasa inggeris, atau anda juga boleh campurkan bahasa dalam blog anda.Setiap klik yang dibuat ke atas iklan adsense tersebut akan dikira (selagi tidak melanggar syarat oleh Adsense) dan setiap iklan itu juga mempunyai nilai pulangan yang berbeza. Perlu diingat, anda dilarang mengklik iklan adsense di laman / blog anda sendiri.Sesetengah orang akan berusaha untuk mendapatkan apa yang d Read more:Bagaimana
10 Langkah Mudah Memulakan Blog ... #1 2007-04-05 05:43:00 1. Blog Platform. Paling mudah adalah dengan menggunakan platform percuma seperti blogger.com dan wordpress.com. Tetapi memandangkan ianya percuma sudah tentulah ada hadny. Ianya membataskan anda untuk mengubahsuai rekabentuk blog anda. Anda juga boleh menyewa hosting dan memasang perisian blog yang boleh dimuatturun secara percuma.2. Nama / Tajuk. Apakah nama yang sesuai untuk blog anda? Fikirkanlah. Nama akan menentukan posisi blog anda, adakah ianya mampu menarik pembaca atau sebaliknya. Jika anda membina blog untuk perniagaan, pastikan nama blog bersesuai dengan produk atau nama syarikat anda.3. Rekaan dan susunatur. Sesuatu yang cantik pasti akan menarik orang ramai untuk memandangnya. Apakah warna yang anda gunakan sesuai? atau menyakitkan mata? anda sendiri tentukannya. Mintalah pendapat kawan-kawan untuk menilai rekabentuk dan susunatur blog anda? lagi banyak komen yang membina lagi banyaklah idea untuk anda. Satu cara lagi ialah dengan melawat blog-blog lain untuk mendapatkan
10 Langkah Mudah Memulakan Blog ... #2 2007-04-09 07:40:00 4. Plugin / widgets. Widgets adalah merupakan add-on atau tambahan yang boleh dimuatkan di dalam blog anda. Cuba semak platform yang anda gunakan dan cari widget yang bersesuaian untuk ditambah ke dalam blog anda5. Komen. pastikan komen anda di'moderate' supaya anda dapat memantau apa yang dikatakan sebagai 'comment spam'. Cuba jawab komen-komen yang diberikan dengan positif6. Kandungan Blog. Apakah isi kandungan blog anda? Cuba postkan kandungan yang relevan dengan 'target market' anda. Cuba bantu sesiapa yang memerlukan bantuan anda dengan menulis jawapan anda sama ada dalam komen atau bina satu tajuk perbincangan yang baru....bersambung
10 Langkah Mudah Memulakan Blog ... #3 2007-04-24 03:28:00 assalamualaikum dan salam sejahtera...Lama juga saya tak dapat update blog ini kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Line internet pun kebelakangan ini agak perlahan.7. Kekerapan. Berapa kerap anda menulis dalam blog anda? Selalu, kadang-kadang, atau jarang-jarang.. seperti kata P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang..Kata orang, blog seperti sebuah taman, perlu disiram selalu, tetapi kalau terlampau banyak disiram boleh menyebabkan pokok menerima air yang berlebihan dan seterusnya mati. Jangan membazir air.. Kalau 2-3 bulan baru nak siram sekali, pokok akan mengalami kekurangan air. Jadi hendaklah berpada-pada. Jangan sampai kehabisan idea untuk menulis blog anda8. Trafik. Sebagaimana laman web lain, trafik adalah sangat diperlukan. Semakin banyak trafik, semakin bagus kepada anda. Berbagai cara boleh digunakan untuk menarik trafik ke blog anda seperti yang pernah saya perkatakan sebelum ini.9. Statistik. Statistik diperlukan untuk mengukur prestasi blog anda. Ada sesetengah s
WordPress 2007-05-07 04:59:00 Wordpress merupakan salah satu platform blog yang terkenal. Ramai para blogger menggunakan wordpress untuk menghasilkan blog mereka. Kebanyakan daripada mereka berpendapatan Wordpress merupakan sebuah sistem yang mudah dan cepat untuk dipasang.masih ramai yang bertanyakan kepada saya, apa perbezaan wordpress.com dan wordpress.org?Sebenarnya wordpress adalah satu "blog platform". WordPress.com merupakan satu pengendali laman blog percuma berasaskan WordPress. Manakala laman WordPress.org merupakan laman sumber berkaitan wordpress. Anda boleh memuatturun perisian wordpress ini daripada WordPress.Org dan memasangnya mengikut domain dan hosting anda sendiri.Bagi wordpress.com, anda tidak perlu memasang blog tersebut, ianya telah sedia untuk digunakan apabila anda mendaftar. Ianya adalah sebagaimana laman blogspot.Saya harap anda telah faham dengan perbezaan antara keduanya. Jika ada sebarang kemusykilan, bolehlah dikemukakan di bahagian komen.
Bagaimana mencapai 'top 10 ranking' dalam Google dan Yahoo ? 2007-10-05 05:31:00 Ramai orang boleh membina laman web atau blog sendiri, sama ada secara percuma atau berbayar. Tetapi ramai yang tidak tahu menguruskannya dengan efisyen. Konsep 'bina dan tinggal' tidak akan kekal lama. Banyak blog yang 'terbengkalai' kerana kekurangan pengunjung.Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, pengunjung atau pelawat merupakan aset penting sesebuah laman web atau pun blog. Apa gunanya tempat pelancongan yang indah tanpa kehadiran pelancong. Tentulah membazir bukan? Walaupun anda membina laman anda itu untuk tujuan suka-suka sahaja tanpa memikirkan tujuan komersialnya, pengunjung masih menjadi agenda nombor satu yang tidak patut dipinggirkan. lainlah kiranya anda memang tidak mahu orang lain mengunjungi laman anda, sebagaimana blog yang disediakan oleh blogspirit, di mana anda boleh memasukkan kata laluan untuk mengunjungi blog dalam platform tersebut.Jika kaedah atau cara yang saya utarakan sebelum ini masih gagal menampakkan hasilnya (laman anda masih tidak tersenarai d Read more:Bagaimana
, Google
, Yahoo
About Google Secrets 2007-06-11 10:55:00 Google Secrets
is the complete how-to guide for getting your website ranked in the top 10 on the Google search engine. It pulls timely information from a variety of sources into one end-to-end process that has been proven to work in getting top 10 rankings on Google. Google Secrets is geared for the webmaster, Internet marketer, or do-it-yourself business site owner. It explains how to do it, not just why, and is packed full of tips, best practices, checklists, and samples to assist you every step of the way. You will learn the top 5 things that Google looks for, how to determine which search terms are popular on Google, how to estimate the daily traffic you could receive from Google beforehand, what the most important areas are on your web pages and how to optimize them for Google. In addition, you will learn how to get other sites to link to you, as well as how to set up and manage an ongoing reciprocal link campaign. A top 10 listing on Google has the pote Read more:Google
Bagaimana meningkatkan ranking dalam search engine? 2007-06-09 23:34:00 Assalamualaikum dan salam sejahtera,Persoalan bagaimana meningkatkan ranking sering ditanya terutama oleh meraka yang baru dalam bidang blogging ini. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, terdapat berbagai faktor penentu kepada ranking blog atau laman web anda dalam search engine.Cuba anda dapatkan jawaban bagi soalan ini:1. Adakah alamat blog anda boleh difahami dengan mudah? Alamat atau nama domain memainkan peranan yang agak penting dalam menentukan kedudukan anda dalam search engine. Pilihlah nama yang sesuai dengan kandungan blog anda serta pilihlah nama yang mudah difahami. Dengan kata lain, bila orang baca alamat, orang dah boleh agak isi kandungan blog tersebut.2. Adakah tajuk blog anda melambangkan isi kandungan blog anda? Seperti juga alamat / domain, tajuk juga memainkan peranan yang sangat penting. Pastikan anda membina tajuk yang bersesuaian dengan kandungan blog.3. Anda anda telah mengemaskini blog anda pada minggu ini? Purata jumlah posting yang disarankan adalah 3 ka Read more:Bagaimana
Langkah mudah membina blog menggunakan kemudahan wordpress.org 2007-07-26 00:39:00 Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, wordpress merupakan salah satu platform untuk membina blog. Tidak seperti blogspot, wordpress menyediakan 2 bentuk perkhidmatan dalam penulisan blog. anda boleh menulis blog terus melalui wordpress.com atau menggunakan domain anda sendiri. Wordpress.c momenyediakan kemudahan hosting percuma dengan sub-domain kepada penulis blog. Jika anda sukakan lebih cabaran, anda boleh memuatturun perisian blog dari wordpress.org dan menetapkannya mengikut citarasa anda sendiri.Di sini, saya akan menerangkan secara ringkas, langkah-langkah membina blog menggunakan kemudahan percuma dari wordpress.com.Pergi ke laman wordpress.comKlik pada "start your free wordpress blog..."isikan maklumat yang diperlukanpastikan anda menanda bahagian "Gimme a blog". Username akan digunakan sebagai subdomain blog anda nanti. Tandakan juga bahagian "Legal flotsam:", bagi menandakan bahawa anda setuju dengan semua syarat yang diberikan. Seterusnya klik 'NEXT"Jika pendaftara
Search Ranking 2007-10-07 00:53:00 Rangking yang teratas sentiasa menjadi idaman kepada kebanyakan pengarang laman web atau penulis blog. Rangking teratas memastikan laman anda mudah dilihat oleh pengunjung yang mencari sesuatu melalui search engine seperti Yahoo, Google dan sebagainya.Berbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan ranking di dalam search engine. Namun sebagai seorang pengarang laman web atau penulis blog, anda perlu mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan laman anda disenaraihitamkan oleh penyedia perkhidmatan search engine.berikut adalah perkara-perkara yang perlu dielakkan:-invisible text atau tulisan yang halimunan (tidak kelihatan). Mereka menggunakan berbagai kaedah untuk memastikan tulisan yang dipaparkan tidak dapat dibaca oleh pengunjung, antaranya ialah dengan menggunakan warna huruf sama atau hampir sama dengan warna latar belakang. meta tags. Semasa menulis meta tags atau pun tajuk, pastikan ianya berkaitan dengan isi kandungan yang dipaparkan.Pengulangan keyword Read more:Search
, Ranking
Peluang menjana pendapatan 2007-11-16 20:53:00 Kali ini aku nak lari tajuk sikit.. benda baik patut diberitahu kepada orang ramai. Ianya mengenai gelang bermagnet yang dibuat dari magnet jenis neodymium yang berkekuatan +2000 gause.Sebenarnya aku bukanlah spesis manusia yang suka kempen orang beli barang, tetapi bila aku cuba gelang magnetik edymium ni terasa sedikit perubahan pada diri aku. Sakit jari aku pun tak terasa, bila aku rasa sakit jari.. aku lilitkan gelang tu kat jari. Tak sampai 10 minit dengan izin Allah, sakit tu hilang.Sekarang aku juga mudah bangun pagi.. ini sudah bagus. Akhirnya aku pun bagitahulah kebaikan gelang magnet edymium ni kepada kawan-kawan. Oleh kerana aku ni bukan spesis suka bercakap banyak, aku bagi lah kawan-kawan try guna gelang tu. Mereka pun terasa ada perubahan walaupun tidak ketara, tetapi yang paling ketara apabila seorang rakan tersepak kerusi sehingga bengkak kaki dan jalannya terhenjut-henjut, tetapi selepas memakai gelang ni tak sampai 10 minit dia mengakui kakinya tak sakit walaupun ben
Bagaimana meletakkan Title dan Meta Tags yang sesuai 2007-12-01 04:21:00 Tajuk atau TITLE merupakan perkara utama yang akan dicari oleh search engine. Tajuk biasanya akan menentukan isi kandungan laman web tersebut. Sebagaimana sebuah buku, apabila pembaca terlihat tajuk yang dicari sudah tentulah pembaca tersebut akan mebelek-belek buku tersebut untuk melihat isi kandungan selanjutnya.Tajuk WebBagi sebuah laman web tajuk akan dinyatakan dalam bahagian .... . Tajuk juga akan terpapar dibahagian atas peluncur internet anda.META descriptions tag pula bolehlah diandaikan sebagai ringkasan atau summary bagi laman web. Bila anda tercari-cari buku tentang masakan atau petua tertentu, anda mungkin melihat kepada tajuk buku dan juga sinopsis di belakang buku. Itulah fungsi META description tag. META tags juga diletakkan dibahagian dengan contoh penggunaan Disamping itu terdapat juga META keyword yang berfungsi sebagai suatu yang lebih ringkas dari META description tadi. Contohnya "> Read more:Bagaimana
, Title
, Meta Tags
Optimizing Your Site for Both Google and Yahoo! 2008-01-07 23:54:00 Search engine optimization techniques for Google
and Yahoo
are quite different. Many websites rank well in one search engine but not the other. This is the direct result of each search engine having its own unique ranking algorithm. For example, the Google algorithm predominantly values the anchor text of in-bound links. Yahoo places more emphasis on keyword density and meta tags.The primary reason for the difference in ranking algorithms is that Google owns the patent on Page Rank (PR), named after Google's founder Larry Page. As a result of owning this patent, other search engines need to place more emphasis on different optimization factors including website URL, keyword density and so on.What are the greatest differences in search engine algorithms?Google places a significant amount of
Bagaimana memasukkan youtube ke dalam blog anda? 2008-04-02 21:35:00 Masuk laman web youtube.comPilih video yang anda ingin masukkan ke dalam blog andaSalin (Copy) code di bahagian Embed: < width="425" height="350">< name=".......">Tampalkan (Paste) kod tersebut ke dalam kod HTML posting anda. Read more:Bagaimana
Menukar template blogspot 2008-04-27 23:21:40 Download template
yang dikehendaki (anda boleh cari dengan menggunakan search engine - taipkan blogspot
template atau blogger template)Pastikan anda download template dengan akhiran .xml untuk versi terkini atau .html untuk versi yang lama.Buka fail template tersebut dengan perisian text editor seperti WordPad dan copy kesemuanya.Sign-in ke dalam Blogger.comKlik pada tab layout dan pilih Edit HTMLBuang semua code dalam bahagian Edit Template dan masukkan (paste) code yang telah anda download.Klik pada butang Preview bagi memastikan code yang anda pilih berfungsi dengan baik.Jika semuanya OK, klik pada butang save templatedone!*Anda boleh menukar kembali template kepada default dengan klik pada Revert widget templates to default
Flash Slideshow Maker 2008-06-08 00:20:08 Flash Slide show Maker adalah sebuah perisian yang berupaya membina slide show album gambar dalam bentuk flash SWF. Dengan perisian ini anda dapat mengubah foto digital kepada format SWF dimana anda boleh gunakannya untuk dipaparkan dalam blog atau laman web anda dengan lebih menarik.Anda boleh memuatturun perisian ini di
Read more:Flash
, Slideshow
URL Submission 2008-06-12 22:26:26 Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai kepentingan URL submission. URL Submission
ni seolah-olah kita menghebohkan laman web kita kepada orang ramai melalui Search Engine. Sebab itu lah kadang-kadang bila anda cuba search engine untuk mencari laman web anda, anda tidak menjumpainya.Search engine perlu diberitahu mengenai kewujudan website anda supaya apabila pengguna menggunakan search engin