Save info   Get password
Home Submit your blog Edit Account Rules RSS-Archive Contact


25 jam dalam sehari
2008-04-02 00:10:34
Penyelidik ramal waktu berubah kerana putaran bumi makin perlahanBERLIN: Sekumpulan penyelidik Barat mendakwa tempoh 24 jam sehari berkemungkinan menjadi 25 jam pada masa depan berikutan waktu siang yang kian panjang akibat kadar putaran bumi yang makin perlahan.Akhbar Jerman Suddeutsche Zeitung memetik edisi terbaru Journal For The History of Astronomy melaporkan, bagi kebanyakan kita, masa siang yang panjang merujuk kepada peningkatan hari di hemisfera utara pada musim panas berbanding musim sejuk.Namun, kalangan geosaintis mendakwa kajian menunjukkan tempoh hari siang yang panjang turut membabitkan musim lain termasuk musim bunga."Perkembangan itu boleh dikaitkan kepada asasnya iaitu bumi dan bulan. Sepanjang sejarah kewujudan manusia, putaran bumi kini semakin perlahan," kata penyelidi


Misi cabar kejuruteraan moden
2008-04-01 23:52:34
KAWASAN kompleks mega Burj Dubai yang menempatkan bangunan tertinggi dunia kini berada pada peringkat akhir pembinaannya.Padang pasir yang gersang di Arab Saudi bakal menjadi tumpuan dunia apabila seorang bilionair merancang untuk membina sebuah menara setinggi 1,600 meter sekali gus memecahkan rekod sebagai menara paling tinggi di dunia.Rancangan tersebut didedahkan oleh seorang kerabat diraja Arab Saudi, Putera al-Walid bin Talal yang juga merupakan pemilik Hotel Savoy di Britain.Projek berharga £5 bilion (RM31.65 bilion) itu dirancang dibina untuk sebuah bandar baru berhampiran pelabuhan Laut Merah di Jeddah.Menara yang direka bentuk oleh dua syarikat perunding kejuruteraan Britain itu mempunyai ketinggian hampir dua kali ganda daripada beberapa pencakar langit tertinggi di dunia.Bagai


Malaysia ada 500,000 laman blog
2008-04-01 21:41:41
KUALA LUMPUR 1 April – Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dala


[kering gusi] TERSALAH CEMBURU
2008-04-01 21:06:45
Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail


Setiap orang dihadkan 10 kad sim sahaja
2008-04-01 04:34:39
CYBERJAYA 1 April - Berkuat kuasa serta merta, setiap individu hanya dibenarkan memiliki tidak lebih 10 kad sim untuk satu talian komunikasi.Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), Datuk Dr. Halim Shafie berkata, peraturan baru itu bertujuan mengelakkan pengguna menyalahgunakan kad sim tersebut selain faktor keselamatan."Berdasarkan kes sebelum ini, kita mengesan ada pengguna telefon bimbit memiliki sehingga 400 keping kad sim.""Ia berjaya dikesan menerusi maklumat pendaftaran pengguna terbabit dan ekoran itu semua syarikat telekomunikasi negara ini diarah mematuhi garis panduan baru ini,'' katanyaBeliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Komunikasi dan Multimedia yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang di sin


Lapangan Terbang Seluruh Dunia Akan Perlu Jumlah Pelaburan Besar, Kata ACI
2008-04-01 03:00:07
SHANGHAI, 31 Mac - Pengendali lapangan terbang seluruh dunia akan memerlukan jumlah pelaburan yang besar bagi memenuhi keperluan bilangan penumpang penerbangan yang semakin berkembang, kata pengerusi Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa, James Cherry.Beliau berkata bilangan penumpang global diramalkan melebihi lima bilion pada 2010 dan sembilan bilion pada 2025 daripada 4.5 bilion tahun lalu manakala jumlah kargo udara dijangka tiga kali ganda kepada 214 juta menjelang 2025.Pertumbuhan trafik udara kekal positif dan mampan tetapi persaingan adalah sengit, katanya."Sebagai pengendali lapangan terbang, tanggungjawab kami ialah untuk melaksanakan dan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang berkualiti kepada penumpang," kata beliau pada taklimat media selepas pembukaan Persidangan Kualiti


Perjanjian Kyoto I dibincang
2008-03-31 23:28:18
Pakar cuaca PBB mahu perjanjian babit semua negara, bukan negara kaya sajaBANGKOK: Isu pemanasan global dibincang oleh 163 negara di seluruh dunia pada satu persidangan yang berlangsung di sini semalam bagi menggantikan perjanjian perubahan cuaca Kyoto ."Dunia sedang menantikan satu penyelesaian jangka panjang dan lebih sesuai dari segi ekonomi," kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki Moon menerusi persidangan video kepada 1,100 perwakilan dari 163 negara yang menghadiri perbincangan itu semalam.Mesyuarat sepanjang minggu itu adalah susulan kepada persetujuan di Bali tahun lalu bagi negara terbabit memulakan perbincangan untuk menggantikan perjanjian Kyoto.Antara lain, Perjanjian Kyoto yang dipersetujui 37 negara kaya sebelum ini bertujuan mengurangkan pengelua


Makan sosej tingkat risiko barah usus
2008-03-31 23:19:51
LONDON: Yayasan Tabung Penyelidikan Barah Sedunia (WCRF) memberi amaran bahawa amalan memakan satu sosej atau tiga kepingan daging sehari boleh meningkatkan risiko barah usus sebanyak 20 peratus.Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, amaran itu membabitkan pengambilan kira-kira 50 gram daging diproses, setiap hari. Orang ramai sememangnya dinasihati makan kurang 17.7 auns daging merah seminggu dan mengelak semua bentuk daging yang diproses.“Memang wujud bukti jelas kaitan antara daging yang diproses semula dengan barah. Daging seperti sosej, burger dan kepingan daging salai itu disediakan dengan kaedah termasuk diperap, disalai, dicampur garam serta bahan pengawet lainnya,” kata Prof Martin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.Sekurang-kurangnya seorang bagi setiap 20 orang m


Dunia dilanda krisis makanan
2008-03-31 22:31:20
SEBAHAGIAN penduduk miskin mengadakan tunjuk perasaan di Manila, Filipina kerana tidak dapat membeli beras setelah harga makanan itu melambung tinggi.PENDUDUK dunia kini sedang menghadapi satu krisis kemanusiaan selepas harga makanan melambung tinggi dan di beberapa negara keadaan berkenaan semakin membimbangkan.Harga bahan makanan yang meningkat mendadak itu berpunca daripada permintaan tinggi makanan bermutu oleh pengguna kaya.Bekalan makanan dunia juga semakin menyusut selepas negara-negara pengeluar tidak dapat memenuhi permintaan yang melambung tinggi daripada negara-negara maju.Keadaan tersebut diburukkan lagi dengan cuaca melampau seperti kemarau yang sering melanda negara-negara pengeluar makanan akibat daripada pemanasan global.Sejak lima tahun lalu harga beras di pasaran dunia me


13 Rahsia solat
2008-03-31 22:03:16
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......1 - Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.2 - Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.3 - Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.4 - Fatihah :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.5 - Ruqu' :Sebagai tikar kita di dalam kubur.6 - I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur..7 - Sujud :Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.8 - Duduk antara 2 Sujud :Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.10 - Tahhiyat Akhir :Sebagai pe


Pengguna Islam digesa boikot barangan Belanda
2008-03-31 21:16:25
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama dengan anggota Majlis Permuafakatan Antara NGO (Mapan) dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa pengguna Islam di negara ini melancarkan kempen boikot terpilih produk keluaran Belanda.Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pemulauan itu adalah tanda bantahan terhadap tindakan salah seorang anggota Parlimen Belanda, Greert Wilders mengeluarkan sebuah filem pendek yang secara terang-terangan menghina Islam bertajuk 'Fitna' menerusi Internet."Boikot terpilih ini adalah usaha kita menyuarakan bantahan secara aman terhadap perhinaan dan provokasi terhadap Islam."Tiada gunanya kita bersikap agresif tetapi kita perlu bangkit menyuarakan bantahan untuk mempertahankan hak dan maruah umat Islam d


Pasaraya Mydin Boikot Produk Belanda
2008-03-31 21:08:09
KUALA LUMPUR, 31 Mac - Semua rangkaian pasaraya Mydin akan memboikot produk keluaran negara Belanda sebagai reaksi bantahan kepada filem anti-Islam, Fitna, yang diterbitkan anggota Parlimen negara itu, Geert Wilders.Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin berkata filem yang disiarkan secara online itu telah menghina Islam dan penganutnya di serata dunia."Sebagai sokongan kepada Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Pemuda Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan lain, kami menyeru kepada pengguna, Islam atau bukan Islam, ramai-ramai memboikot barangan keluaran Belanda," katanya pada majlis promosi produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Mydin Mall USJ dekat sini hari ini.Hadir sama pada program bertujuan mempromosi produk keluaran IKS itu adalah Menteri Perdaganga


Dolfin guna kayu sebagai senjata
2008-03-30 23:19:08
RIO DE JANEIRO - Sekumpulan dolfin sungai di benua Amerika Selatan suka menggunakan ranting, rumpair dan lumpur sebagai senjata memikat pasangan atau menakutkan lawan.Penemuan yang disiarkan jurnal Biology Letters itu mendedahkan, spesies lumba-lumba tersebut gemar membawa objek berkenaan mengelilingi dolfin betina sebelum dihempaskan.Kelakuan aneh itu belum pernah direkodkan terhadap mana-mana mamalia marin. Dolfin spesies boto ini hanya mendiami di dua batang sungai di negara itu dan bilangannya didapati kian berkurangan.Pasukan penyelidik Brazil dan British telah menjalankan kajian ke atas kelakuan pelik dolfin ini sejak tiga tahun lalu meliputi zon rizab Mamiraua, iaitu kawasan paya di Amazon."Anda dapat lihat dolfin-dolfin itu datang membawa dahan pokok atau lumpur setiap kali melakuk


Jerung boleh ramal ribut
2008-03-30 23:16:44
GLASGOW - Spesies jerung kini dikenal pasti mampu meramal kehadiran ribut taufan, menurut kajian terbaru penuntut kedoktoran biologi marin Pusat Hiperbarik Kebangsaan di Aberdeen dekat sini.Lauren Smith yang membuat penyelidikan itu membuktikan kebenaran teori bahawa saintis pada masa depan sebenarnya boleh memantau kelakuan jerung untuk menilai jangkaan cuaca buruk yang akan berlaku.Beliau menjalankan kajian tersebut terhadap tingkah laku sekumpulan jerung lemon di perairan Bahamas sebelum membuat perbandingan mamalia sama di Scotland. Ia merupakan kajian pertama seumpamanya dilakukan.Penyelidikan itu timbul secara kebetulan apabila Smith pernah membuat kajian secara umum berkenaan sikap habitat jerung di Florida, Amerika Syarikat yang pelik sebelum muncul puting beliung Gabrielle pada 20


Hidung mampu cam bahaya
2008-03-30 23:14:05
CHICAGO - Saintis Fakulti Perubatan Universiti Northwestern Chicago di sini mendapati, deria hidung seseorang sebenarnya dapat menghidu dengan segera sebarang perubahan bau yang boleh mendatangkan bahaya.Kajian terhadap 12 sukarelawan mulanya tidak dapat mengenal pasti perbezaan antara dua bau serupa tetapi dapat membezakannya dengan sempurna apabila menerima renjatan elektrik sederhana semasa uji kaji.Malah pengimbas otak yang mengenal pasti perubahan dalam menghidu sesuatu benda merupakan sebahagian daripada fungsi otak sendiri, menurut saintis Dr. Wen Li dalam jurnal ternama, Science.Beliau berpendapat, faktor sejarah kecekapan menghidu seseorang adalah hasil daripada warisan nenek moyang yang menggunakan deria bau sebagai langkah menjauhkan diri daripada ancaman binatang buas.Semasa ek


Yahudi cuba ambil alih Masjidil Aqsa
2008-03-30 23:06:04
Konflik baru Baitulmaqdis dijangka meletus kerana kegiatan menggali di bawah tanah suci IslamBAITULMAQDIS: Hampir setiap malam Amin al-Siyam terjaga daripada tidurnya apabila diganggu bunyi bising kerja menggali yang dilakukan oleh penduduk Yahudi di kawasan masjid Al-Aqsa."Kami mendengar bunyi bising pada waktu malam, di bawah rumah kami. Kadangkala keseluruhan bangunan bergoyang. Kemudian mereka pulang awal pagi esoknya," kata Siyam.Siyam tinggal di tengah-tengah sebuah kota yang menjadi perebutan, rumahnya terletak di atas sebuah terowong yang menjadi pertikaian baru dalam konflik di Asia Barat itu.Rumahnya kini berdepan kerja penggalian arkeologi di kawasan kejiranan Silwan, di sebelah Baitulmaqdis Timur, hanya beberapa ratus meter saja daripada tempat paling suci bagi agama Yahudi dan


Sikap malu beri risiko
2008-03-30 23:00:06
Doktor anggap masalah psikologiWASHINGTON: Satu kajian terbaru mendakwa sikap terlalu malu yang bermula seawal kehidupan kanak-kanak, boleh menyebabkan kemurungan dan penyalahgunaan dadah apabila mereka dewasa kelak.Kajian Universiti Cape Town di Afrika Selatan juga mengaitkan sikap pemalu yang keterlaluan itu sebagai kegelisahan yang juga sebahagian masalah psikologi dan bukannya berkaitan sikap semata-mata.Antara petanda utamanya adalah mengelak bertemu dengan orang ramai dan jika ada pun, mereka lebih suka mengasingkan diri. Selain muka merah padam, individu terbabit juga mengalami simptom atau gejala lain seperti degupan jantung yang kencang, berpeluh serta menggeletar."Sikap pemalu itu sendiri bukan satu kecacatan patologi, tetapi tindakan melayan sikap malu yang keterlaluan boleh men


USNS MERCY
2008-03-30 22:57:35
lihat lebih banyak pic di blog M.Bok


Henti jualan keju mozzarella
2008-03-30 22:50:24
SINGAPURA: Singapura menghentikan penjualan keju mozzarella Itali diperbuat daripada susu kerbau selepas Itali semalam mengarahkan penarikan semula produk yang dikatakan tercemar dengan dioksin yang menyebabkan kanser.Pihak Berkuasa Veterinar dan Makanan Pertanian Singapura (AVA) berkata ia akan menghentikan semua jualan keju berkenaan sementara menantikan keputusan ujian makmal sebagai langkah berjaga-jaga.Import terakhir keju mozzarella kerbau ke Singapura adalah pada 6 Januari lalu tetapi disebabkan maklumat yang terbatas tidak dapat diketahui sekiranya import keju berkenaan sudah tercemar, kata AVA.Kementerian Kesihatan Itali kelmarin berkata mereka menarik balik produk daripada 25 syarikat di wilayah Campania tempat mozzarella kerbau terbaik Itali dihasilkan.Perancis turut melarang ju


Telefon bimbit lebih bahaya daripada rokok
2008-03-30 22:47:07
PARIS: Satu kajian dilakukan pakar barah terkemuka merumuskan penggunaan telefon bimbit boleh membunuh lebih ramai orang berbanding merokok atau asbestos.Beliau berkata, orang ramai perlu mengelak daripada menggunakan telefon bimbit sebaik yang boleh dan kerajaan serta industri alat telekomunikasi itu perlu mengambil ‘langkah segera’ untuk mengurangkan pendedahan kepada radiasinya.Penyelidikan itu, yang dilakukan Profesor Vini Khurana, adalah petanda paling membimbangkan pernah disiarkan mengenai risiko kesihatan.Ia menggariskan bukti yang semakin bertambah - secara eksklusifnya dilaporkan dalam jurnal IoS Oktober lalu, bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun atau lebih boleh menggandakan risiko barah otak.Barah mengambil masa sekurang-kurangnya sedekad untuk berkembang, menid


Al-Hadith : Dunia Yang Terlaknat
2008-03-30 21:47:34
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu."Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa itu adalah Hadis hasan.


Penganut Islam ramai – Vatican
2008-03-30 21:43:15
VATICAN CITY, 30 Mac – Bilangan penganut agama Islam di seluruh dunia buat pertama kalinya mengatasi bilangan penganut Roman Katolik, kata Vatican hari ini.Menurut paderi tertinggi Vatican, Monsignor Vittorio Formenti yang membuat pengumpulan perangkaan dalam buku tahunan 2008 Vatican yang baru diterbitkan, orang Islam mewakili 19.2 peratus penduduk dunia dan katolik pula sebanyak 17.4 peratus.“Buat pertama kali dalam sejarah, kita tidak lagi berada di senarai teratas; penganut Islam telah mengatasi jumlah yang kita ada,’’ Formenti memberitahu akhbar Vatican L’Osservatore Romano dalam satu interbiu sambil menyatakan data itu merujuk kepada tahun 2006.Beliau menambah, sekiranya kesemua kumpulan Kristian di ambil kira termasuk gereja Ortodok, Anglican dan Protestant, bilangan penga


Tragedi hidup Sufiah
2008-03-30 21:34:05
ini adalah artikel dari tranungKite Online yang lebih berpenderian dan berani :: Adakah Budak Genius Sufiah Yusof Di larikan Dan Di Rosakkan hingga jadi pelacurLONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.Gambar :: Sufiah (Tengah) bersama Bapa dan KakakSelepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford


Misi 16 hari Endeavour
2008-03-28 21:50:00
Kapal angkasa Endeavour selamat mendarat di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida, semalam (26-03-2008). Endeavour menamatkan misi 16 hari ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).


Tukar lampu xenon – JPJ
2008-03-28 21:07:44
KUALA LUMPUR 28 Mac – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh tiga bulan sehingga akhir Julai ini kepada pemilik kereta yang memiliki lampu bercahaya terang atau xenon dan cermin gelap keterlaluan untuk membetulkannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan berkata, dalam tempoh itu pihaknya hanya akan mengeluarkan Notis Larangan Penggunaan (PG1) terhadap kenderaan yang menyalahi peraturan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.Bagaimanapun, pemilik kenderaan terlibat perlu melakukan ubah suai mengikut spesifikasi ditetapkan bagi membolehkan penarikan balik notis PG1 itu.‘‘Semua pihak diminta mengambil peluang itu dan tiada alasan lagi selepas tempoh itu tamat,’’ katanya pada sidang akhbar selepas meninjau operasi keselamatan jalan ra


PlayStation 3
2008-04-04 04:20:37
OrcsSoldiersAdvertising Agency: BBDO ChileExecutive Creative Director: Joaquin BascunanCreative Directors: Cristian Schinadeerman, Emerson NavarreteArt Director: Emerson NavarreteCopywriter: Cristian SchinadeermanIllustrator: Ricardo SalamancaPhotographer: LautaroHead of Art: Fernando Riveros
Read more: PlayStation

“Mengembalikan kekuasaan Melayu melalui Umno” Tengku Razaleigh Tengku Hamzah
2008-04-04 03:12:14
TRANSKRIP penuh teks ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, Semasa Merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang, Bertempat Di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang Pada Hari Jumaat 4hb April, 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal, 1429 Jam 10.00 pagi.KITA bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah Izin-Nya, kita semua dapat bertemu di perjumpaan ini pada ketika kita sedang menghadapi pengalaman yang sangat pahit dan membimbangkan kita semua, iaitu pengalaman buruk yang dilalui oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang baru lepas.Sejak tertubuhnya UMNO pada 11 Mei, 1946, parti kebangsaan Melayu ini tidak pernah tercabar begitu hebat – dan teruk – seperti yang berlaku padanya selepas Pilihan Raya Umum


Pinjaman perumahan pembiayaan kewangan Islam mencekik darah?
2008-04-04 02:23:45
SM Mohamed IdrisIni adalah kisah benar. Abdul (bukan nama sebenar) memutus untuk memiliki sebuah kondominium pilihan keluarganya pada tahun 1997 melalui pembiayaan kewangan Islam . Abdul ketika itu merupakan seorang eksekutif muda yang berusia 31 tahun dan baru sahaja menaiki tangga kejayaan dalam kariernya selepas menamatkan pengajian daripada Universiti Islam Antarabangsa enam tahun yang lalu.Abdul yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan berlatar belakang dalam Ekonomi Islam ini, hendak memastikan dapat membeli kondominium untuk didiami oleh keluarganya.Baginya, pembelian ini hendaklah bebas daripada sebarang riba yang dilarang dalam kepercayaan Islam. Memandangkan pembiayaan rumah cara konvensional ini dikenakan riba, dia memutus untuk membiayai pembelian rumahnya dengan me


Mitos minum 8 gelas air
2008-04-04 01:19:08
Pakar berpendapat tiada bukti air banyak manfaat kepada tubuhLONDON: Sekumpulan saintis menyangkal dakwaan bahawa meminum lapan gelas air sehari adalah baik untuk kesihatan manusia sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu mitos.Kumpulan saintis itu berpendapat bahawa sehingga kini tiada bukti dengan meminum sejumlah besar air dapat memberi manfaat kepada kesihatan seseorang dan mereka tidak mengetahui bagaimana kepercayaan itu boleh tersebar.Kumpulan pakar buah pinggang di Amerika Syarikat membuat kajian terhadap dakwaan bahawa dengan meminum lapan gelas air sehari dapat membuang toksin dalam badan, menghalang kenaikan berat badan dan meningkatkan tona kulit.Dr Dan Negoianu dan Dr Stanleu Goldfarb dari Bahagian Hypertensi, Elektrolit dan Renal di Universiti Pennsylvania berkata bahawa tiada
Read more: Mitos

Lebih mudah akses Google Sky
2008-04-03 23:11:46
GOOGLE SKY menawarkan peluang kepada pelayar internet meninjau keindahan dan keunikan cakerawala.KUALA LUMPUR - Pengguna internet kini boleh mengakses Google Sky bagi melihat dan mendapatkan imej berkaitan cakerawala secara mudah tanpa perlu bergantung lagi kepada perisian.Menurut kenyataan Google Inc., fungsi Google Sky memudahkan orang ramai khususnya pelajar, ahli amatur astronomi dan profesional untuk menjelajah alam angkasa di samping mempelajari ilmu itu dengan mudah."Hanya klik menggunakan tetikus sahaja, mereka boleh melihat berjuta-juta imej seperti bintang dan galaksi, atau sistem solar tanpa memuat turun perisian."Melaluinya, pengguna boleh melihat isi cakerawala secara menyeluruh dan menggunakan fungsi zoom untuk melihat imej dengan lebih dekat," katanya.Kenyataan itu menambah,


Page 1 of 2 « < 1 2 > »
eXTReMe Tracker