Owner: Save Raja Munirah URL:http://savehelpme.blogspot.com/ Join Date: Tue, 18 Dec 2007 22:53:13 -0600 Rating:0 Site Description: Raja Munirah, a mass communications graduate from a private college in Cyberjaya, has been jailed for seven years and four months and is now at the Kosuke detention centre in Tokyo.
Site statistics:Click here
Sindiket dadah Afrika guna gadis Melayu tumpas 2008-03-01 23:10:44 Utusan Malaysia - 01/03/2008Oleh: ZULKIFLI MANZOR KUALA LUMPUR 29 Feb. – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan tertangkapnya empat lelaki Afrika
yang dikatakan menipu ramai rakyat Malaysia terutama gadis Melayu. Lelaki-lelaki Afrika itu dikatakan terlibat dengan sindiket yang mengupah wanita Malaysia menjadi penyeludup dadah yang dipanggil ‘serbuk emas' di luar negara. Selain suspek warga Afrika berusia 30 hingga 45 tahun itu, seorang wanita tempatan berumur 40-an turut ditahan dalam satu operasi khas di Petaling Jaya, Selasa lalu. Serbuan pada pukul 7.30 malam itu dilakukan sekumpulan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Selangor di sebuah pangsapuri di Damansara Perdana, Petaling Jaya. Turut dirampas ialah heroin
Cops smash drug syndicate 2008-03-01 23:08:21 By ANDREW SAGAYAM KUALA LUMPUR: Police have smashed an international drug trafficking syndicate that pays local college students up to RM35,000 to courier heroin overseas by swallowing them or inserting them up the anus. Five of the syndicate members – four West African men and a local woman – have been arrested and drugs worth RM1.7mil was seized during a raid at an apartment in Damansara Perdana near here. Investigations revealed that the students were each paid between RM16,000 and RM35,000 for a single job, and they were sent to countries like Australia, China, Brazil, Peru, Argentina, Japan, Trinidad and Tobago. Police also believe that three Malaysian students who were caught overseas for drug trafficking sometime last year could be linked to the syndicate that had been op
2007 catat pelbagai kisah suka duka 2008-02-04 02:41:57 Berita Harian - 01/01/2008Oleh Nor Affizar IbrahimPILU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk seri Sharizat Abdul Jalil (dua kanan) memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin di Wangsa Maju.Laporan isu wanita dipenuhi lakaran kejayaan, pertemuan, tragediESOK, jendela 2007 akan menutup tirai. Dalam ketawa dan gembira meraikan kejayaan manis dicipta wanita serta hasrat dipenuhi sepanjang tahun itu, kita juga dibuai kesedihan kerana dibaluti berita dan peristiwa yang menyayat hati.Tragedi pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto yang ditembak mati selepas berkempen Khamis lalu, mengakhiri 2007 dengan penuh tragis. Wanita berusia 54tahun itu mencipta sejarah sebagai pemimpin wanita dunia Islam pertama apabila memenang
Wanita tempatan sasaran pengedar dadah antarabangsa 2008-02-04 02:19:07 Utusan Malaysia - 25/01/2008Oleh: RASHIDAH ABD. RAHIM KUALA LUMPUR 25 Jan. – Seorang peguam percaya modus operandi (MO) sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang memerangkap hampir 30 rakyat Malaysia di luar negara adalah sama. Peguam Rosal Azimin Ahmad berkata, fakta itu berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes Raja Munirah Raja Iskandar, 23, bekas penuntut kolej swasta di Cyberjaya yang dipenjarakan di Jepun atas kesalahan mengedar dadah di negara tersebut. Beliau berkata, MO yang digunakan hampir sama iaitu wanita muda dan berpendidikan tinggi sebagai sasaran. Beliau menambah, jika dilihat latar belakang akademik Raja Munirah dan beberapa wanita yang ditahan di Venezuela adalah sama iaitu penuntut atau lulusan universiti. ‘‘Secara peribadi, MO yang digunakan untuk memerangka Read more:Wanita
Peniaga Jepun derma 20% pendapatan bantu Raja Munirah 2008-02-04 02:09:10 Utusan Malaysia - 12/12/2007 Oleh RAHIM LAJIS KUALA LUMPUR 11 Dis. - Sepasang ahli perniagaan Jepun di sini hari ini melancarkan kempen membantu Raja Munirah Raja Iskandar dengan menyumbangkan 20 peratus daripada pendapatannya untuk yuran guaman membela rakyat Malaysia itu. Takashi Kato dan isteri, Kaoru Kato berkata, mereka sanggup berbuat demikian kerana percaya model sambilan itu tidak bersalah, malah dianiaya oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi oleh rakyat asing. “Kami tidak mengenali Raja Munirah secara peribadi tetapi terpanggil untuk membantunya kerana kami yakin dia bukan pengedar dadah. Banyak bukti yang menunjukkan dia sebenarnya telah ditipu,'' kata Takashi, 58, bekas setiausaha kepada Ahli Parlimen kawasan Tohukyu dekat Tokyo. Isterinya, Kaoru, 52, pula
Elak Malaysia jadi pusat lambakan dadah 2008-02-04 02:06:28 Utusan Malaysia
- 13/12/2007 Pendapat TERDAPAT 53 kes penahanan rakyat Malaysia di luar negara berhubung kesalahan dadah yang dilaporkan sehingga bulan lalu. Ironinya, 72 peratus daripadanya membabitkan golongan wanita yang terperangkap dalam jerat percintaan serta tawaran kerja palsu. Fenomena sosial yang membimbangkan ini adalah petunjuk jelas bahawa telah wujud rangkaian sindiket pengedaran dadah antarabangsa di negara kita. Tambahan pula, kedudukan Malaysia terletak di kawasan yang dipanggil Segi Tiga Emas iaitu kawasan yang ‘subur' dengan aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah di rantau Asia Tenggara membabitkan Burma, Laos dan Thailand. Dalam konteks benua Asia pula, negara kita berhadapan dengan ancaman lambakan dadah antarabangsa dari kawasan Bulan Sabit Emas di sekitar peda
Kewujudan Milad mampu bebaskan Raja Munirah 2008-02-04 02:02:21 Utusan Malaysia - 21/12/2007 KUALA LUMPUR 20 Dis. – Peguam Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 22, dengan bantuan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kedutaan Iran dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan cuba membuktikan kewujudan kenalan anak guamnya, Milad di Mahkamah Agung di Jepun pada April depan. Menurut Rosal Azimin Ahmad, kewujudan lelaki warga Iran itu amat penting kerana ia merupakan bukti utama yang akan digunakan dalam rayuan untuk membebaskan gadis tersebut daripada hukuman penjara tujuh tahun empat bulan di Pusat Tahanan Kosuke, Tokyo. Beliau percaya, Raja Munirah dianiaya Milad yang mempergunakan gadis tersebut untuk menyeludup dadah sintetik ke negara itu tanpa pengetahuannya. Menurutnya, peluang untuk Raja Munirah bebas daripada hukuman p
Sedarkan belia mengenai bahaya dadah 2008-02-04 01:59:50 Utusan Malaysia - 21/12/2007 Oleh MOHD. YAHYA MOHAMED ARIFFIN TIGA orang belia, Raja Munirah Raja Iskandar, 22, Umi Azlim Mohamad Lazim, 24 dan Irene Manggi, 22, sebelum ini tidak dikenali umum tetapi dengan tiba-tiba mendapat perhatian media massa dan pelbagai pihak di negara ini. Laporan media massa menunjukkan mereka telah menjadi mangsa penipuan sindiket dadah antarabangsa di negara ini kerana diperalatkan untuk menyeludup dadah ke luar negara. Tanpa laporan media massa sudah tentu masyarakat tidak mengetahui kegiatan haram itu yang menyebabkan belia kita mati di tali gantung atau dipenjara untuk tempoh yang lama di negara asing. Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan dalam tempoh 11 bulan pada tahun ini, 32 belia wanita berusia
Raja Munirah minta bantuan MOSTI 2008-02-04 01:57:31 Utusan Malaysia - 28/12/2007KUALA LUMPUR 27 Dis. – Satu permohonan dikemukakan oleh Raja Munirah Raja Iskandar Shah kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memperakui Cyber Security Malaysia adalah agensi di bawah kementerian itu. Permohonan kepada menteri berkaitan, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dibuat melalui peguamnya, Rosal Azimin Ahmad bertujuan membolehkan satu data khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diperoleh melalui agensi itu diiktiraf sebagai barang kes dalam rayuannya di Mahkamah Agung di Jepun tidak lama lagi. Sebelum ini, peguam telah mengemukakan SMS mengandungi komunikasi antara Raja Munirah, 22, dan Milad, seorang lelaki warga Iran dalam pembelaannya di Mahkamah Tinggi di Jepun tetapi ia ditolak. Menurut Rosal Azimin, perakuan bertulis daripada MOST
Selidik tujuan sebenar kemasukan warga asing 2008-02-04 01:55:55 Utusan Malaysia - 28/12/2007Oleh THOMAS CHONG KUALA LUMPUR 27 Dis. – Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta pihak berkuasa berkaitan menyelidik tujuan sebenar rakyat asing ke negara ini bagi memastikan kehadiran mereka adalah secara sah dan bukan bertujuan menjalankan aktiviti jenayah. Menurutnya, walaupun negara ini terbuka dan mengalu-alukan kedatangan warga asing tetapi kerajaan pada masa yang sama akan berusaha melindungi rakyat daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh segelintir rakyat asing yang bermasalah. ‘‘Walaupun jumlah rakyat asing yang bermasalah tidak banyak, tetapi pihak berkuasa negara ini khasnya polis dan Imigresen perlu memikirkan cara untuk memastikan kepentingan rakyat kita sentiasa dilindungi,'' katanya. Beliau berkata, langkah tersebut juga per
Dadah: Tingkatkan pemeriksaan bagasi KLIA 2008-02-04 01:53:22 Utusan Malaysia - 31/12/2007SAYA terpanggil untuk berkongsi kegusaran tentang nasib yang menimpa wanita Malaysia seperti Raja Munirah Raja Iskandar dan Umi Azlim Mohd. Lazim yang diperdaya rakyat asing untuk membawa dadah ke luar negara sehingga tertangkap dan meringkuk di penjara. Difahamkan puluhan lagi kes yang serupa melibatkan warga muda kita di seluruh dunia yang secara tidak langsung menjejaskan nama baik negara. Yang mendukacitakan sebahagian besar kes berkenaan adalah kerana terpedaya oleh janji manis rakyat asing yang baru dikenali. Saya bertambah risau tentang senario ini memandangkan anak saya sendiri akan melanjutkan pelajaran ke Jepun awal tahun depan. Saya tertanya-tanya sejauh manakah sistem pengimbas bagasi di KLIA berkesan mengimbas bagasi penumpang untuk mengesan sebara
Dadah: Ringgo Fotograf ditahan di penjara Venezuela 2008-02-04 01:51:25 Utusan Malaysia - 20/01/2008KUALA LUMPUR 20 Jan. – Pemain dram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ringgo terpaksa meringkuk dalam penjara di Caracas, Venezuela
sejak November lalu kerana disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah. Utusan Malaysia difahamkan, Ringgo, 42, yang juga seorang pelukis dan komposer lagu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas ketika mahu berlepas pulang ke Malaysia awal November lalu. Dia bersama seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan kerana salah sebuah beg yang dibawa oleh Ringgo mengandungi dadah kokain seberat 4.6 kilogram. Ekoran itu, dia ditahan di sebuah lokap di Caracas sebelum dipindahkan ke penjara berhampiran manakala rakannya itu dilepaskan. Pemuzik itu dijadual didakwa di mahkamah tidak lama lagi.
Imigresen akan buru sindiket 'serbuk emas' 2008-02-04 01:49:42 Utusan Malaysia - 23/01/2008KUALA LUMPUR 23 Jan. - Jabatan Imigresen akan bekerjasama dengan polis supaya kegiatan memperalat rakyat negara ini sebagai penghantar 'serbuk emas' atau dadah jenis kokain ke negara lain dapat dikesan di peringkat awal lagi. Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed berkata, antara pendekatannya ialah melakukan pemeriksaan rapi atau menahan individu yang disyaki oleh polis menjadi mangsa penganiayaan sindiket pengedaran dadah sebelum mereka sempat ke luar negara. ''Imigresen tidak dapat memberi bantuan yang lebih besar dalam kes ini kerana kejadian berlaku di luar negara. ''Tetapi, sekiranya polis meminta kami (Imigresen) memeriksa atau menahan mana-mana pihak dipercayai terlibat dalam hal tersebut, kami akan berbuat demikian," katanya ketika dihubu
Keluarga Ringgo disaran guna khidmat peguam tempatan 2008-02-04 01:46:43 Utusan Malaysia - 23/01/2008KUALA LUMPUR 23 Jan. - Keluarga Sham Ahmad atau Ringgo, 42, dinasihat supaya mendapatkan khidmat peguam negara ini bagi memantau proses perundangan yang dihadapi bekas pemain dram kumpulan Fotograf itu di Caracas, Venezuela. Pengamal undang-undang, Rosal Azimin Ahmad berkata, perkara itu penting walaupun keluarga Ringgo bercadang mendapatkan khidmat peguam di negara tersebut dengan bayaran hampir RM70,000 kerana pemantauan daripada pihak guaman di sini juga diperlukan. ''Saya telah menghubungi keluarga Ringgo baru-baru ini dan mereka memberitahu akan melantik seorang peguam di sana. ''Bagaimanapun agak penting untuk mereka mendapatkan khidmat guaman dari Malaysia sebagai peguam pemerhati kes yang dihadapi Ringgo di Caracas, Venezuela," katanya ketika dihubungi U
Apabila Sikap Mudah Terperdaya Membawa Padah 2008-01-17 20:08:35 Bernama - 15/01/2008 Oleh Jeswan KaurKUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Jangan sekali-kali mudah terperdaya kerana sikap ini akan memakan diri sendiri dan inilah yang menjadi pengajaran kepada tiga wanita Malaysia yang diberkas tahun lepas kerana mengedar dadah di luar negara.Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 22, kini menghadapi hukuman penjara tujuh tahun di Jepun kerana mengedar syabu seberat 690 gram.Mahasiswa komunikasi massa Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Cyberjaya ini diberkas di Lapangan Terbang Tokyo pada 2006 dan mengaku bersalah. Ibu bapa Raja Munirah yang dalam kebingungan turut menghadapi masalah kewangan kerana memerlukan RM20,000 untuk membayar yuran guaman bagi rayuan terhadap hukuman penjara yang dihadapi anak mereka.Manakala Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, dari Kela
Links for 2008-01-15 [Digg] 2008-01-16 00:00:00
Apabila Sikap Mudah Terperdaya Membawa Padah
Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 22, kini menghadapi hukuman penjara tujuh tahun di Jepun kerana mengedar syabu seberat 690 gram.
Read more:Digg
Links for 2008-01-02 [Digg] 2008-01-03 00:00:00
Dream career or drug courier
The Star - 30/12/2007PETALING JAYA: It is a dream job at an international company dealing with the import-export of goods. The office is swanky with various branches overseas. Cool boss, good money and if you are lucky, the chance to travel wha
Read more:Digg
Dream career or drug courier? 2007-12-30 22:09:36 The Star - 30/12/2007PETALING JAYA: It is a dream job at an international company dealing with the import-export of goods. The office is swanky with various branches overseas. Cool boss, good money and if you are lucky, the chance to travel – what more could a fresh graduate ask for?More than they bargained for, apparently, as some young Malaysians have recently discovered.One is Umi Azlim Mohamad Lazim, a 24-year-old graduate of Universiti Malaysia Sabah, who was enticed by a high-paying courier job advertised on the Net early this year. She was caught at Shantou airport in China with 2,983g of heroin in her luggage. She has been sentenced to death. Another is Raja Munirah Raja Iskandar, 22, a mass communication student at a private college in Cyberjaya, who travelled to Japan to be int Read more:Dream
Hidden danger in dream jobs 2007-12-30 22:04:39 The Star - 30/12/2007International drug syndicates are targeting young Malaysian women to be their mules overseas, but their con is becoming more and more difficult to detect.FOR many, it was too good to resist. A job with a “multinational” in a ritzy office, cool boss, good money and travel opportunities – how lucky can a fresh graduate get?However, as a few young Malaysians recently discovered, the dream can easily turn into a nightmare. The bright future instantly dimmed as they find themselves languishing in foreign jails or biding time until their execution under another country's law.Chew: ‘Ensure the foreign culprits do not get off scott-free' Umi Azlim Mohamad Lazim, a 24-year-old graduate of Universiti Malaysia Sabah, could not believe her luck when she saw the high-paying Read more:Hidden
Pantau anak elak terjerat sindiket dadah 2007-12-30 20:12:29 Berita Harian - 08/12/2007SEPANJANG tahun ini, lebih 30 gadis dan wanita tempatan ditahan di luar negara kerana menyeludup dadah, kebanyakannya di Amerika Latin, Australia, China, Jepun serta Trinidad dan Tobago. Terbaru ialah Irine Manggi, 20-an, berasal dari Kuching, yang dikatakan menjadi mangsa ejen pengedaran dadah antarabangsa yang mempergunakan gadis tempatan sebagai pembawa dadah, seperti apa yang didakwa berlaku ke atas dua wanita Malaysia di Jepun dan China baru-baru ini. Irine menghadapi kesalahan mengedar dadah jenis kokain di Brazil.Selasa lalu, akhbar melaporkan seorang wanita dari Pasir Puteh, Kelantan, Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, ditahan di China atas tuduhan membawa masuk heroin ke republik itu 19 Januari lalu dan dijatuh hukuman mati. Seorang lagi, Raja Munirah Raja Iska
Wanita perlu elak diri jadi 'keldai' sindiket edar dadah 2007-12-30 20:11:36 Berita Harian - 11/12/2007Oleh Nor Afzan Mohamad YusofHATI-HATI: Waspada andai diminta membawa beg atau bungkusan orang lain.Penganalisis jenayah minta gadis selidik dulu tawaran pekerjaan atau disuruh bawa barang oleh orang tidak dikenaliBERDASARKAN statistik polis, pada tahun ini saja, sebanyak 30 kes membabitkan wanita Malaysia di tahan di luar negara kerana menyeludup masuk dadah ke negara lain. Kes sama membabitkan rakyat Malaysia Umi Azlim Mohamad Lazim, 24 dan Raja Munirah Raja Iskandar, 22.Terbaru Jumaat lepas akhbar ini melaporkan Irene Manggi, 22 tahun ditahan polis Sao Paolo, Brazil kerana membawa kokain. Rakan mangsa yang didakwa `menjual' Tahun Melawat Malaysia dengan menawarkan Irene untuk menjadi pemandu pelancong. Irene di bawa ke luar negara dan hanya menyedari diperangkap Read more:Wanita
Gadis jangan mudah terjebak tawaran 2007-12-30 20:10:48 Berita Harian - 11/12/2007Datuk Noraini Ahmad ialah Ketua Puteri Umno MalaysiaBETAPA mudah gadis tempatan terjebak dalam kes penyeludupan dadah antarabangsa. Hanya dengan ditaburkan janji manis, mereka terus ‘cair' dan terpedaya sehingga akhirnya menjadi mangsa.Maka terpapar di akhbar laporan mengenai gadis kita diperdaya, rata-ratanya masih muda, ditipu dan dijerat dalam kancah pengedaran dadah. Ia cukup membimbangkan kita.Baru-baru ini seorang gadis dari Sarawak, Irene Manggi, 22, dikatakan menjadi mangsa dan sindiket sama yang memperdaya Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, dari Pasir Puteh, Kelantan, sebelum ini dikatakan terbabit berdasarkan taktik yang digunakan, menjanjikan pekerjaan bergaji lumayan di luar negara dan ditahan di China atas tuduhan membawa masuk heroin ke republik itu sert
Wanita kita kena penjara 2007-12-30 20:09:55 Berita Harian - 14/12/2007Oleh Hardi Effendi YaacobKes seludup ephedrine di AustraliaZuraida mengaku bersalah bawa masuk bahan utama buat syabuKUALA LUMPUR: Wanita
Malaysia, Zuraida Ghani, 41, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi Brisbane, Australia, selepas mengaku bersalah menyeludup ephedrine seberat 3.7 kilogram, bahan utama membuat dadah amphetamine atau syabu ke negara itu, pada 8 Mac lalu. Zuraida ditahan Polis Persekutuan Australia selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane dari Kuala Lumpur sebaik polis menemui serbuk putih itu yang disembunyikan dalam beg pakaiannya.Difahamkan, dengan kuantiti sebanyak itu, bahan berkenaan boleh menghasilkan bekalan dadah bernilai A$1 juta (RM2.9) juta mengikut harga pasaran Australia.Pendakwa Raya Persekutuan Au
Bukti baru Raja Munirah dianiaya 2007-12-30 20:08:31 Utusan Malaysia - 16/12/2007Oleh ZULKIFLI MANZOR KUALA LUMPUR 15 Dis. – Peluang Raja Munirah Raja Iskandar bebas daripada tuduhan menyeludup dadah di Jepun semakin cerah berikutan wujud beberapa bukti baru menunjukkan dia dianiaya oleh sindiket dadah.Peguamnya, Rosal Azimin Ahmad berkata, beberapa bukti terkini yang diperoleh dengan bantuan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan dikemukakan dalam rayuan di Mahkamah Agung Jepun, April depan. “Kami dapat kerjasama baik daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tetapi bukti yang ada tidak boleh didedahkan kepada umum pada masa ini.“Kami juga sedang mengemaskini bukti-bukti lama untuk membebaskan Raja Munirah,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Raja Munirah, 22, lulusan Ijazah Komunikasi Massa sebuah
Fresh hopes for woman jailed in Japan 2007-12-30 20:08:06 The Star - 17/12/2007 THE chances of gaining freedom for a 22-year-old Malaysian woman
detained in Japan
on charges for drug smuggling look brighter now that there is evidence to show that she was the victim on an international syndicate, said Mingguan Malaysia . Raja Munirah Raja Iskandar's lawyer Rosal Azimin Ahmad said the new evidence, obtained by the Narcotics Department at Bukit Aman, would be submitted in an appeal to a Japanese court in April. “We have good cooperation from Bukit Aman police but we cannot divulge the nature of the evidence at present. “We are also updating old evidence, which can be helpful in Raja Munirah's appeal,” he said in an interview. Raja Munirah, a mass communications graduate from a private college in Cyberjaya, has been jailed
for seven years and
Rakyat asing peralat wanita kita 2007-12-30 20:03:39 Berita Harian - 28/12/2007Oleh Amirullah Andi NurCEMERLANG: Syed Hamid menyampaikan Anugerah Usahawan Cemerlang kepada Pengerusi Eksekutif Federal Malay Holdings, Datuk Musa Ibrahim pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-16 Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia di sini, semalam.Dalang sindiket dadah antarabangsa beroperasi di Malaysia umpan gadis dengan kemewahanKUALA LUMPUR: Kira-kira 50 kes penyeludupan dadah membabitkan wanita muda Malaysia yang menjadi mangsa sindiket antarabangsa dikesan berlaku di luar negara sehingga kini termasuk di Amerika Selatan dan Australia.Menteri Luar, Datuk Seri Hamid Albar ketika mendedahkannya berkata hasil penelitiannya mendapati semua individu yang menjadi dalang kegiatan itu adalah rakyat asing yang beroperasi di negara ini.Sambil m
Syed Hamid: Be wary of foreigners 2007-12-30 19:58:43 The Star - 28/12/2007KUALA LUMPUR: Malaysia has to be more aware of the people coming into the country, Foreign Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said.He said this was because foreigners
were behind all cases of Malaysian women being detained overseas for drug trafficking.“The syndicates, all headed by foreigners, are operating out of here. We must not allow our people be made use of in this manner.“We want to encourage tourism but we have to be aware of these people,” he said.He was speaking to reporters after opening the Bumiputra Factory and Industrial Services Association's annual general meeting.Syed Hamid said many of the women involved in the cases did not know what they were getting themselves into and were blinded by the promise of making lots of money.“Some who did kn
Links for 2007-12-28 [Digg] 2007-12-29 00:00:00
Malaysian gets death for drugs in China
The Star - 04/12/2007PASIR PUTEH (Kelantan): A 24-year-old woman from Kelantan has been sentenced to death by the Guangzhou High Court in China for trafficking in 2,983gm of heroin.
Read more:Digg
Links for 2007-12-17 [Digg] 2007-12-18 00:00:00
Fresh hopes for woman jailed in Japan
THE chances of gaining freedom for a 22-year-old Malaysian woman detained in Japan on charges for drug smuggling look brighter now that there is evidence to show that she was the victim on an international syndicate, said Mingguan Malaysia.
Read more:Digg
Links for 2007-12-16 [Digg] 2007-12-17 00:00:00
Bukti baru Raja Munirah dianiaya
KUALA LUMPUR 15 Dis. – Peluang Raja Munirah Raja Iskandar bebas daripada tuduhan menyeludup dadah di Jepun semakin cerah berikutan wujud beberapa bukti baru menunjukkan dia dianiaya oleh sindiket dadah.
Read more:Digg