Save info   Get password
Home Submit your blog Edit Account Rules RSS-Archive Contact


Mengurangkan Rekahan Tumit Kaki
2007-10-03 18:34:18
Cuaca panas, kasut yang keras dan kurang menyelesakan seringkali dikaitkan dengan tumit kaki merekah. Bagi anda yang runsing memikirkan masalah tumit kaki merekah, cuba amalkan petua ini. Caranya begitu mudah hanya dengan menggunakan daun lidah buaya dan perahan limau nipis. Hiris daun lidah buaya untuk mengambil isinya lalu dicampurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan campuran tersebut dibahagian tumit kaki yang merekah. Anda juga boleh megamalkan petua yang sama pada bahagian tubuh yang lain seperti lutut, telapak tangan, siku dan jari jemari yang kasar. 


Kerepek Layang-Layang
2007-10-03 00:07:30
Kalau dulu orang-tua kita menggunakan tepung untuk membuat kerepek layang-layang. Sekarang sudah ada cara mudah untuk menydiakannya. Bahan2 Kulit Popiah Gula Kastor Cara nya Gulung kulit popiah dan tekapkan hujungnya dengan air supaya melekat Gunting bahan yang digulung tadi dan goreng Biarkan sejuk sedikit lalu digaulkan dengan gula Siap dihidang.. Selamat Mencuba!


Kubis Bulat Atasi Bengkak Payudara
2007-10-03 00:02:33
Bengkak payudara sering dialami wanita lepas bersalin disebabkan pengeluaran susu yang berlebihan. Ia amat menyakitkan dan boleh menyebabkan demam. Untuk mengatasinya, lekapkan daun kubis bulat pada bahagian bengkak. Apabila layu daun tersebut, tukar dengan yang baru. Insyaallah, kesakitan dan bengkak akan berkurangan.


Kata Orang Tua
2007-10-02 23:52:09
1. Jangan menyanyi didapur, alasannya dapat suami tua. 2. Jangan duduk ditengah pintu, alasannya orang nak meminang tak jadi. 3. Jangan makan berpindah-pindah, alasannya nanti berkali-kali kahwin. 4. Jangan buka payung didalam rumah, alasannya nanti ular masuk kedalam rumah. 5. Jangan makan bertatang, alasannya rezki susah nak dekat.
Read more: Orang

Kempis Perut Lepas Bersalin
2007-10-02 23:39:34
Tahukah anda selain daripada bengkong, ada cara lain untuk mengempiskan perut selepas bersalin? Caranya: Ambil kira-kira segenggam pucuk daun inai, tumbuk sehingga lumat. Kemudian dibulat-bulatkan kira-kira sebesar sibiji guli. Makanlah mengikut kadar dua kali seminggu. Insyallah perut akan cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala. Selamat mencuba!


Kueh Janaked
2007-10-02 23:37:58
Janaked walaupun ringkas tapi enak. Bahan-bahan: 1. Tepung naik sendiri (self-raising flour) x 1/2 pkt. 2. Susu Cair x 1/4 tin 3. Telur Ayam x 2 biji Bahan-bahan dicampur dan digaul. Gentelkan ikut citarasa sendiri lalu digoreng. Tips: Telapak tangan disapukan dengan minyak terlebih dahulu supaya bahan tidak melekat.


Tauhu Goreng
2007-10-15 01:37:25
Pada musim hari raya kemana-mana kita pergi, pasti dihidangkan dengan ketupat, lontong ataupun nasi. Kenapa tidak kita membuat kelainan untuk hujung minggu ini? Cubalah resipi yang ringkas tapi berkhasiat dan mengenyangkan ini. Bahan-Bahan 5 - 6 keping tahu 500 gm kacang tanah 3 - 4 ulas bawang putih 5 batang cili padi hijau 5 sudu besar petis 6 biji limau kasturi 8 sudu besar kicap manis Gula melaka Timun Taugeh Cara Di dalam ulek masukkan bawang putih dan cili padi serta gula melaka dan ulekkannya sehingga sebati. Masukkan petis serta kicap manis dan ulek sehingga rata. Masukkan pula kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk tadi. Sebelum tuangkan sos ke atas tauhu, perahkan jus limau kasturi ke dalam sos tadi dan kacau sehingga rata. Dadukan tahu dan letak di atas piring. Tuangkan sos ke atas tauhu. Hiaskannya dengan timun, taugeh dan kacang tanah yang telah ditumbuk. Siap dihidangkan!


Chocolate Cornflakes
2007-10-11 01:23:34
Bahan-Bahan 12 g marjerin lembut 50 g milo 2 sdm madu 50 g emping jagung (cornflakes) chocolate rice yang berwarna-berwarni paper cups Cara Cairkan marjerin lembut dengan api yang kecil. Bila sudah cair masukkan madu, milo, kacau hingga rata. Kemudian masukkan cornflakes hingga menjadi warna coklat, barulah tutup api. Masukkan adunan dalam acuan. Taburkan chocolate rice di atas, ianya tidak perlu dibakar dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk. Buat anda yang belum sempat buat kuih untuk Hari Raya, boleh lah cuba resipi yang mudah ini.
Read more: Chocolate

Agar-Agar Pelangi
2007-10-10 03:18:52
Bahan-Bahan ½ tahil agar-agar 1 gelas besar susu cair 1 ½ gelas gula pasir 3 camca besar tepung kastard 2 biji telur Air untuk memasak agar-agar Pewarna yang disukai Cara Masakkan agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula dan masaklah hingga mendidih. Perlahankan api. Sendukkan sedikit adunan dan masukkan ke dalam dua bekas yang leper, campurkan pewarna yang berlainan ke dalamnya. Apabila sejuk, potong kecil-kecil. Susu cair diblenderkan bersama telur, tepung kastard, garam dan masukkan ke dalam agar-agar yang dimasak di atas api yang sederhana. Kacau hingga mendidih. Tuangkan ke dalam bekas dan taburkan potongan agar-agar tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga keras. Siap dihidang sebagai “Kepala Meja” pada Hari Raya!


Biskut Sarang Semut
2007-10-09 00:18:10
Bahan-Bahan 210 gram mentega 1 tin tepung kastard 2 biji telur 125 gram gula kastor Sedikit chocolate/coloured rice Cawan kertas secukupnya Cara Pukul mentega. Kemudian, masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati. Pecahkan kedua-dua telur ke dalam adunan tadi. Setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit dan gaulkan lagi hingga sebati semuanya. Sapukan cawan kertas dengan sedikit mentega. Ambil sedikit adunan tadi picitkan ia melalui tapis yang sederhana lubangnya supaya keluar pendek-pendek. Masukkan adunan yang telah dipicit ini ke dalam cawan kertas. Buat begini hingga selesai semuanya. Kemudian, bakarlah di dalam ketuhar yang sederhana apinya selama 25-30 minit. Setelah masak, taburkan chocolate/coloured rice ke atasnya. Siap dihidang untuk Aidilfitri… Selamat mencuba!


Hilangkan Bau Hanyir Ditangan
2007-10-09 00:06:27
Selepas saja kita membersihkan ikan, sudah pasti bau hanyir akan melekat ditangan. Untuk mengatasi masalah ini, lumurkan garam halus dikedua-dua tangan, kemudian lumurkan pula limau nipis dan bersihkan seperti biasa dengan air yang bersih. Insyaallah tangan anda tidak akan berbau hanyir lagi.


Chocolate Wafer
2007-10-07 23:21:50
Bahan2 Biskut Wafer Cream (kecil), Chocolate Bar, Kacang Badam (yang sudah dicincang) Cara Biskut diletakkan dimangkuk kertas (kecil). Lalu dituangkan Chocolate (yang sudah dicairkan terlebih dahulu) keatas biskut. Kemudian taburkan kacang badam keatasnya. Biarkan chocolate kering barulah disimpan kedalam botol.


Hilangkan Bau Yang Tidak Enak Dari Petisejuk
2007-10-07 23:10:08
Ambil beberapa ketul arang dan balutkan dengan kertas tisu. Lalu disimpan dibeberapa bahagian dalam petisejuk. Insyaallah bau yang tidak enak akan hilang.


Serbuk Kopi Haluskan Kulit
2007-10-05 23:25:23
Cara menjimatkan untuk menghaluskan kulit. Ambil hampas kopi. Gosokkan keseluruh tubuh, tangan dan kaki. Biarkan selama 10 minit kemudian cuci dengan air bersih. Lakukan selama seminggu. Insyaallah kulit anda halus dan licin serta menghilangkan daki.


Kerepek Rose
2007-10-05 23:11:22
Bahan2 2 tin susu tepung beras 1 biji kelapa (diambil santannya) Gula secukupnya Sedikit garam 1 biji telur Minyak untuk menggoreng Cara 1. Bancuh semua bahan. 2. Panaskan minyak dalam kuali (rendamkan acuan didalamnya). 3. Setelah acuan cukup panas, celupkan kedalam bancuhan tepung. 4. Masukkan ke dalam kuali sambil digoyang-goyangkan untuk menanggalkannya dari acuan. 5. Goreng hingga kekuning-kuningan.


Sembuhkan Sembelit Pada Bayi
2007-10-05 00:06:45
Masalah sembelit pada bayi amatlah merunsingkan terutama bagi yang meminum susu formula. Caranya mudah sahaja. Ambil secamca madu lebih lalu bancuhkan dengan segelas air kemudian beri bayi minum. Insyaallah jika anda yakin pasti berjaya. Selamat mencuba!


Lontong Goreng
2007-10-19 00:41:48
Bahan-Bahan 1/2 batang Lontong - dipotong dadu 5 keping Paru goreng 4 biji Telur - digoreng dadar 6 biji Bawang putih - dicincang kasar 2 sdm Cili boh 5 sudu besar Kicap manis 3 sudu besar Tomato puri Sedikit Gula, pati ayam dan garam Cara 1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan lada giling dan biarkan sebentar sehingga sebati. 2. Masukkan air, tomato puri, kicap manis, garam, gula, stok ayam dan lontong. 3. Goreng lontong hingga kering. Siap dihidang!  


Menegangkan Payu Dara
2007-10-18 00:32:51
Amalkan meminum segelas susu segar bercampur halia yang telah dibakar didalam ketuhar. Halia yang telah dileperkan itu hendaklah dimasukkan ke dalam susu segar yang masih panas. Minumlah susu itu sekali sehari, setiap pagi atau petang. Hasilnya payu dara anda akan cantik dan tegang. Selamat mencuba!


Laksa Thai
2007-10-24 00:31:53
Bahan-Bahan BAHAN KISAR 7 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 sm lengkuas 2 batang serai 3 batang cili kering sedikit garam belacan bakar 1 potong ikan tenggiri masin BAHAN-BAHAN 250 ml santan kelapa 200 g isi ikan selar 3 sdm sos ikan gula 250 ml air rebusan ikan daun selasih 1 kg mee kuning 1 batang peria (direbus) 10 batang cilipadi bawang goreng kangkong (direbus) 2 biji telur rebus kacang panjang taugeh lemon Cara 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. 2. Masukkan santan kelapa, isi ikan, sos ikan, gula dan air rebusan ikan. Masak hingga mendidih. 3. Akhir sekali masukkan daun selasih.
Read more: Laksa

Atasi masalah bulu roma lebat
2007-10-22 00:31:34
Mempunyai bulu roma lebat tentu merisaukan. Untuk mengatasinya, ambil dua camca besar air limau nipis, campur sedikit gula pasir dan kacau sebati. Kemudian sapukan ketangan atau kaki yang berbulu roma lebat. Biarkan kering setengah jam dan cuci. Lakukan sekali sehari. Insyaallah bulu roma akan gugur.


Khasiat Kacang Soya
2007-10-21 01:35:50
  Jika anda gemar minum air kacang soya dan mengisarnya sendiri, usah dibuang hampasnya. Jemur hampasnya sehingga kering dan simpan didalam bekas kedap udara. Untuk menggunakannya ambil beberapa camca hampas itu dan bancuh dengan air suam. Gosok dan sental pada seluruh badan sewaktu mandi. Hasilnya, badan lebih bersih, lembut dan cerah. Hampas itu juga boleh dicampur dengan putih telur untuk dibuat pupur wajah. Hasilnya tentu mengagumkan anda. Selamat mencuba!


Puding Roti Jagung
2007-10-25 23:54:12
Bahan-bahan 1. 2 keping roti (dipotong dadu) 2. 1 cawan susu cair 3. 20 gram coklat cair 4. 50 gram jem ceri 5. 150 gram jagung manis (jagung dalam tin) Cara Masukkan jagung kedalam mangkuk. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati. Masukkan roti dan kacau rata. Apabila sebati tuangkan kedalam mangkuk. Hiaskan dengan coklat dan jem ceri diatasnya. Siap dihidang!


Cengkih Penawar Sakit Gigi
2007-10-24 23:56:05
Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insyaallah berkesan.


Kata-Kata Hikmat
2007-11-02 00:26:14
Ilmu itu sangat tinggi nilainya dan tidaklah mudah untuk mendapatkannya.


Tauhu Telur
2007-11-02 00:21:06
Bahan-Bahan 2 keping Tauhu 1 biji Telur 400g Campuran sayur 2 sudu kecil Minyak Secukup rasa Garam 1 sudu kecil Kicap cair Secukup rasa Gula Secukupnya Air Cara Ratakan minyak dalam mangkuk ketuhar yang bertutup. Panaskan bawang putih Hancurkan tauhu dan masukkan campuran sayur, gula dan kicap cair. Goreng dan masukkan telur yang telah didadarkan. Goreng hingga sebati.


Kata-Kata Hikmat
2007-10-31 23:26:55
Dunia ini akan menjadi sempit bagi orang yang sempit fikirannya.


Serunding Ikan Kuah Laksa
2007-10-29 00:09:58
Kuah laksa yang berlebihan tentu sayang dibuang. Anda boleh menapis kuah laksa untuk mengumpul isi ikan. Gorenglah menggunakan dua camca minyak hingga kering untuk dijadikan serunding. Sedap dan tidak membazir.
Read more: Laksa

Mee Rebus Tomato
2007-11-04 22:49:56
    Bahan-Bahan 1kg Mee kuning lebar 1/2 biji Kobis 1/2kg Sawi 2 biji tomato 1 cawan Kacang peas Untuk Kuah 1/2kg Daging lembu 15 tangkai Cili kering 15 ulas Bawang merah 3 ulas Bawang putih 1 inci Halia 1 cawan Kicap manis 1 cawan Tomato sos 1 tin kecil Tomato puri Sedikit Lada putih, gula dan garam Cara 1. Tumis bawang merah hingga layu dan masukkan bahan kisar. 2. Goreng hingga panas. Masukkan buah tomato, daging rebus, tomato puri, tomato sos, kicap manis dan lada putih. 3. Akhir sekali masak hingga mendidih.  


Kata Hikmat
2007-11-04 22:41:14
Kesabaran itu pahit akan tetapi hasilnya sangatlah manis.


Laksa Goreng Seafood
2007-11-09 22:23:39
  Bahan-Bahan 500 gram mee laksa (cuci bersih dan toskan) 2 biji telur (goreng dan pecah-pecahkan, ketepikan) 1 sudu makan lada kisar (jika ingin lebih pedas) 3 biji bawang putih (dicincang) 100 g tauge 200 g udang hidup (kupas kulit, goreng dan ketepikan, simpan minyaknya) 1-2 ekor sotong, disiang bersih dan dihiris 1 sudu makan OYSTER SAUCE 1 sudu makan ABALONE SAUCE 1 sudu makan LIGHT SOY SAUCE 1 sudu teh minyak bijan atau SESAME OIL Bahan Untuk Dihiris 2 biji bawang besar 3 biji lada merah 200 g kobis panjang 25 g karot 25 g daun bawang Cara Panaskan sedikit minyak didalam kuali.. Tumis lada kisar sehingga garing. Masukkan bawang putih cincang, tumis sebentar, masukkan sotong, hirisan bawang besar dan lada merah. Balik-balikkan kemudian masukkan hirisan sayur dan gaul sampai rata. Masukkan OYSTER SAUCE, LIGHT SOY SAUCE, ABALONE SAUCE, PURE SESAME OIL dan lada putih. Kacau sebentar. Barulah dimasukkan mee laksa dan udang. Seandainya meenya kelihatan kering, tuang sedikit bekas mi
Read more: Laksa

Page 1 of 2 « < 1 2 > »
eXTReMe Tracker