Owner: Khazanah URL:http://www.henna96.wordpress.com Join Date: Wed, 03 Oct 2007 23:00:28 -0500 Rating:0 Site Description: Khazanah merupakan koleksi petua, pantang-larang, resipi dll. yang telah diambil dari ibu, nenek dan juga dari buku, majalah serta laman web. Site statistics:Click here
Kata Hikmat 2007-11-09 22:04:02 Senjata yang boleh memperolehi kemenangan didunia dan akhirat ialah kesabaran.
Kata Hikmat 2007-11-15 23:11:07 Iman tanpa amal seumpama jasad tanpa nyawa.
Kata Hikmat 2007-11-14 22:53:25 Adili lah diri kamu sebelum kamu mengadili diri orang lain.
Udang Tempura Bersama Sos Caipirinha 2007-11-14 22:49:52
Bahan-Bahan
10-15 ekor udang besar
100 gm krum roti
300 gm kelapa parut
2 biji telur
100 gm tepong gandum
Garam
Lada sulah
Minyak
Sos
1½ tin air lemon bergas (Sprite atau 7-Up)
2 biji limau nipis
1½ sudu besar mentega
100 ml krim
Cara
Cuci udang besar dan keringkannya di atas tuala kecil. Sangar kelapa parut di atas kuali sehingga aromanya naik. Kemudian ketepikannya. Apabila ia sudah sejuk, campurkan kelapa tadi beserta dengan krum roti.
Sebatikan udang tadi dengan garam dan lada sulah dan selaputkannya dengan tepong gandum. Kemudian udang yang telah diselaputi tepong digaul dengan telur dan kemudian diselaputkan pula dengan kelapa dan krum roti tadi. Goreng sehingga ia menjadi kuning keemasan.
Di dalam periuk yang berasingan, di atas bahang api yang sederhana, panaskan air bergas tadi bersama dengan jus limau nipis. Asingkan dan tinggalkan suku air tadi di dalam periuk. Masukkan krim perlahan-lahan dan kacau. Kemudian tambahkan mentega dan kulit limau.
Udang goreng tadi kini b Read more:Tempura
Kata Hikmat 2007-11-20 23:15:49 Awasi lah perkataan mu itu kerana perkataan itu kadang-kala menjadi racun kepada teman kamu.
Kofta ala Turkey 2007-11-20 23:12:03
Bahan-bahan
½ kg Daging cincang (lembu)
1 biji Bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil Jintan putih
1 sudu kecil Lada putih
2 sudu kecil Daun ketumbar (dicincang)
2 keping Roti
Garam secukup rasa
Cara
1. Campurkan ke semua bahan-bahan itu dan bentukkannya seperti bola.
2. Sapukan dulang ketuhar dengan minyak zaiton dan letakkan bebola daging ke atasnya dan bakar
Sos
2 biji Bawang putih
6 batang Lada merah
¾ cawan Sos tomato
Garam dan Gula secukup rasa
Sedikit jus limau
Cara
1. Kisarkan kesemua bahan-bahan itu
2. Hidangkan dengan bebola daging cara berasingan
Read more:Turkey
, Kofta
Kulit Tauhu Berinti Udang 2007-11-25 23:07:17
Bahan-Bahan
300g udang
2 sudu besar minyak bawang putih
gula secukup rasa
garam secukup rasa
serbuk lada putih secukup rasa
1 sudu besar minyak bijan
200g tepung kanji
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 batang daun sup dihiris halus
8-10 keping kulit tauhu
Cara
1. Kisar semua bahan kecuali daun sup dan kulit tauhu sebagai inti selama 5 minit.
2. Setelah mengisar semua bahan inti barulah masukkan daun sup dan gaul rata.
3. Bungkus inti di dalam kulit tauhu. (Seperti menggulung popiah)
4. Goreng selama 3 minit sebelum diangkat.
Halau Semut 2007-11-22 22:52:24 Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula. Insyaallah semut tidak akan datang lagi.
Kata Hikmat 2007-11-22 22:26:06 Yang manis akan dapat dirasa kemanisannya setelah merasa yang pahit.
Yee Mee 2007-12-03 22:42:46
Bahan-Bahan
1 bungkus Yee mee
1 dollar Sawi panjang - dipotong-potong
½ bungkus Cendawan kering - direndam dengan air panas dan dipotong tiga
2 sudu kecil Serbuk lada hitam
2 sudu besar Kicap pekat hitam
2 sudu besar Sos tiram
10 ulas Bawang putih- dicincang halus
Beberapa keping Ayam bahagian tulang
Cara
1. Ayam diperap bersama serbuk lada hitam dan sos tiram.
2. Tumis bawang putih, diikuti pula dengan ayam yang diperap tadi sehingga garing.
3. Kemudian masukkan cendawan yang dipotong tiga dengan air rendamannya.
4. Masukkan kicap dan tambah air panas mengikut berapa banyak yee mee yang digunakan. Biarkan mendidih seketika.
5. Akhir sekali masukkan yee mee dan sawi, gaul rata sehingga masak.
Kata Hikmat 2007-12-03 22:36:05 Wahai Teman…janganlah sombong dan takbur! Ingatlah asal kejadianmu dan akhir tempat kembalimu!
Dadih 2007-12-17 23:33:38 Â
Bahan-Bahan
120 gm tepung
250 ml air
5 gm agar-agar
320 gm gula
1 - 2 titis pewarna merah
1 sudu teh esen ros
 Cara
 1. Masak agar-agar dan air hingga mendidih dan larut. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan masak hingga sebati.
2. Tuangkan kedalam acuan dan biarkan keras dalam petisejuk.
Kapur Penanggal Kutil 2007-12-17 23:25:16 Satu camca teh kapur dicampur dengan sedikit belerang dan perahan jus limau nipis dibancuh bersama untuk dijadikan krim. Sapukan bancuhan tersebut pada kutil dan ulanginya beberapa kali sehingga kutil tertanggal dengan sendirinya.
Kata Hikmat 2007-12-13 23:05:44 Ilmu yang bertakhta di dalam dada ada lah harta yang tidak mungkin habis walaupun selalu digunakan.
Tauhu Cantik Selepas Digoreng 2007-12-11 23:17:51
Tidak semua orang akan mendapat tauhu cantik selepas digoreng. Untuk mengekalkan rupa tauhu ini, taburkan sedikit garam halus kedalam minyak yang betul-betul panas sebelum menggoreng tauhu. Hasilnya, tauhu tidak melekat dan minyak yang digunakan masih elok jika mahu menggunakannya semula bagi menggoreng ayam atau ikan.
Tiramisu 2007-12-23 23:38:05 Â
Bahan-Bahan
21 keping biskut (lady's fingers) BOUDOIR
Whip Cream
Cream Cheese
2 sudu makan serbuk kopi segera, dibancuh dengan
1 mangkuk air panas
Hirisan buah peach dalam tin, ditapis
1 sudu teh penuh serbuk koko
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 dish kaca
Cara
1. Bancuh kopi dengan air panas sehingga rata.
2. Celup sebentar sebatang biskut didalam air kopi, dan atur didasar dish kaca Buat yang sama kepada 6 batang lagi dan atur sehingga menjadi satu lapis. Tetapi biskutnya hendaklah dicelup satu persatu, tidak boleh dicelup lebih dari satu, kerana ia cepat lembek dan berderai.
3. Spray krim diatas biskut sehingga rata dan tertutup.
4. Celup lagi biskut, satu demi satu dan atur diatas krim untuk lapisan kedua. Kemudian sapu krim cheese diatas biskut lapisan kedua ini, sehingga rata dan mampat.
5. Celup lagi biskut, satu demi satu, untuk lapisan ketiga, dan atur diatas krim cheese. Spray krim diatas biskut lapisan ketiga ini, sehingga rata dan cantik.
6. Tabur diatasnya serbuk koko d
Apple Pie 2008-03-03 00:00:22
Bahan-Bahan
250 g mentega
500 g tepung gandum, diayak
¾ sudu teh garam
1 biji telur. dikocak dengan
5 sudu makan air wap (sejuk)
Bahan Inti Pie
6 biji buah epal hijau, dipotong-potong
6 sudu teh raisin
1 sudu teh serbuk kayu manis
150 g gula pasir
30 g mentega
Cara Cara
Gaulkan mentega dengan tepung dengan mengunakan jejari
sehingga menjadi abuk roti. Masukkan campuran air [...] Read more:Apple
, Apple Pie
Khasiat Inai 2008-02-14 22:52:59
Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.
Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan [...]
Puding Roti 2008-02-09 10:24:49 Bahan-Bahan
Sebantal Roti, dipotong dua atau empat
500ml susu segar
2 biji telur
10 keping keju Cheddar, dihiris
200g keju mozarella
100g gula
100g buah-buahan kering
sedikit mentega untuk disapu di tin pembakar
Cara Cara
Panaskan ketuhar pada 160 darjah. Sapukan mentega pada tin pembakar. Lapiskan kepingan roti ke dalam tin pembakar dan kemudian taburkan keju Cheddar dan buah-buahan kering. Ulangi untuk [...]
Jintan Hitam 2008-02-02 00:21:20
Selain dari menjadi bahan rempah masakan, Jintan Hitam juga banyak khasiatnya bagi kesihatan. Jintan Hitam selain dari meningkatkan fungsi sistem ketahanan diri ia juga boleh mengurang masalah asma, menghalang pembentukan sel-sel tumor dan mengandungi sifat anti-radang yang dapat mengurangi artiritis.
Untuk mengelak kembung perut pada bayi yang baru lahir, bungkus bijian jintan hitam dalam bungkusan kain [...]
Khasiat Kacang Tanah 2008-01-22 22:31:33 Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus. Kacang tanah sering disalah anggap sebagai penyebab tumbuhnya jerawat, malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dagaging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi amino asid yang tinggi. Minyak dari kacang tanah adalah [...] Read more:Tanah
Buah Pala Legakan Sakit Kepala 2008-03-17 10:15:16 Buah pala yang dikeringkan, diasah atau ditumbuk halus dan dicampurkan dengan beberapa titisan air putih atau air mawar, bagi menambah kesegaran. Sapukan campuran itu di dahi atau dibelakang leher. Biarkan seketika sehingga kering. Ketika menyapu campuran itu hendaklah berhati-hati kerana ia agak pedih atau pedas. Jangan sapu terlalu banyak ditakuti kulit akan menjadi sensitive.
Biarkan sapuan itu kering anda [...]